Saturday, June 13, 2009

Cuti Sabatikal 13- Kembara Bali: Pesta Kesenian Bali XXX1












































13 Jun 2009 hari Sabtu jam 9.15 pagi aku mengunjungi pusat internet untuk menulis blog dan memasukkan foto-foto terbaru. Sebelum itu selepas solat subuh aku membaca buku berjodol Raden Saleh yang kubeli dari toko buku Gunung Agung di Supermarket Ramayana. Sangat menarik tentang Raden Saleh pelopor Kesenian Moden Indonesia yang telah menetap dan belajar kesenian di Belanda dan di Eropah selama 23 tahun. Buku ini adalah himpunan esei yang ditulis oleh tiga orang penulis yang mengisahkan riwayat hidup Raden Saleh dan catan-catannya yang penting. Nampaknya cuti sabatikalku ini penuh dengan pengembaraan,penyelidikan, bacaan dan lakaran-lakaran. Inilah masa yang terbaik bagiku untuk membaca sebanyak buku yang mungkin. Dalam masa tidak sampai 2 minggu aku telah menghabiskan bacaan 3 buku berat. Jam 12 tengahari aku ke gerai makan Jawa Muslim untuk makan tengahari. Ikan goreng kerapu dengan sayur taugeh serta minuman juice epal tanpa gula menjadi santapanku kali ini. Kemudian berehat di kamar sambil membaca buku Raden Saleh. Selepas menunaikan solat Zohor dan kemudiannya solat Asar aku berkunjung ke Denpasar jam 5.30 petang menyaksikan perarakan pembukaan Pesta Kesenian Bali kali ke 31. Lautan manusia yang menyaksikannya sehingga amat sukar untuk bergerak. Pelbagai bentuk kostum tradisi serta usungan patung binatang dan makhluk pelbagai rupa melintasi jalanraya. Aku sempat mengambil fotonya. Kemudian aku terus ke pusat perhimpunan perasmian pesta tersebut di Institut Kesenian Indonesia, Bali di Denpasar. Banyak gerai yang menjual pelbagai barangan dari gerai makanan sehinggalah barangan elektrik dan kraf. Jam 8 malam aku memasuki stadium pentas pelancaran perasmian pesta ini oleh Presiden Indonesia Bambang Susilo. Aku dapat melihatnya dari dekat kerana tempat dudukku berhampiran lorong masuk. Aku sempat mengambil fotonya ketika berarak masuk dan ketika memberi ucapan perasmian. Persembahan tarian tradisional Bali dan teater Mahabarata mengiringi upacara perasmian itu.

1 comment:

  1. Salam, Setiap hari saya membaca perkembangan Dr... Allahmdullillah Dr sihat... terus kan usaha...

    ReplyDelete