Friday, June 26, 2009

Cuti Sabatikal 26-Kembara Bali: Mengembara ke Surabaya


















Jam 8.30 malam 25 Jun 2009 bas Pariwisata yang membawaku singgah makan malam di Restoran Muslim di kota Negara. Kemudiannya sampai ke Pelabuhan Gilimanuk jam 9.17 malam setelah melalui jalan sempit yang berbukit-bukit dari Denpasar. Tidak ada highway di sini. Sepatutnya wang hasil pelancongan ke Bali yang berjumlah jutaan miliyer perlu digunakan untuk memperbaiki sistem jalanraya dan prasarana lain di Bali. Perjalanan bas mengesut-esut ke feri memakan masa hampir 3 jam, iaitu jam 12.15 tengah malam barulah bas dapat masuk ke feri. Ratusan bas berhimpun dan bersesak-sesak di pelabuhan Gilimanuk. Aku terkenangkan Mahathir, kalaulah dia pemerintah Indonesia pasti dibinanya highway dan jambatan dari Bali ke Pulau Jawa yang hanya memakan masa 30 minit sahaja perjalanan laut. Sepanjang 25 hari aku berada di Bali aku sering menonton Televisi Indonesia. Aku menyaksikan perdebatan 3 orang calon presiden Indonesia iaitu Bambang Susilo (SBY),Jusuff Kalla dan Megawati Sukarnoputeri. Aku begitu kagum dengan kebebasan televisi Indonesia, aku seakan-akan menyaksikan perdebatan ala presiden Amerika. Tapi sayangnya idea dan pemikiran calon-calon tersebut amat rendah tahap pemikiran dan kepemimpinannya. Tidak ada 'Futuristic Thinking' dan idealisme. Megawati paling worst sekali. SBY hanya meminta lanjutkan sahaja dan JK juga tidak kemana. SBY memiliki kempennya selang 10 minit di semua rancangan televisi Indonesia sedangkan JK dan Mega amat tidak kelihatan. Indonesia amat memerlukan seseorang seperti Sang Mahathir atau Sang Anwar Iberahim kalau tidak Indonesia akan tertinggal 50 tahun ke belakang dari Malaysia daripada pelbagai aspek seperti sistem ekonomi, pengswastaan,sistem pendidikan, sistem jalanraya, sistem telekomunikasi dan kemajuan teknologinya.Indonesia sering mendakwa Malaysia adalah adik kandung tetapi mana mungkin abang kandung jauh lebih mundur daripada adik kandung sedangkan abang kandung mempunyai tamadun yang lebih tua dan lama. Sebagai contoh kempen Pemilu SBY dalam televisi Indonesia menegaskan Sekolah Gratis (percuma) pada tahun 2009 sedangkan sekolah gratis sudah lama dilaksanakan di Malaysia. Sekolah Dasar ( sekolah Kebangsaan) SMP dan SMA nya kecil-kecil dengan kemudahan yang tidak mencukupi. Begitu juga ratusan universitas yang kecil-kecil yang tidak lengkap prasarananya. Hanya beberapa universitas sahaja yang yang terkenal. Universiti Ranking 2009 bagi Asia Pasific yang dikeluarkan oleh agensi dari Spain menunjukkan 3 buah universitas dari Indonesia iaitu Universitas Gajah Mada, Universitas Indonesia dan Institut Teknologi Bandung termasuk dalam ranking itu sebaliknya 5 buah universiti di Malaysia iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia tergolong dalam ranking tersebut. Sepatutnya Indonesia lebih lagi sebab ribuan universiti yang dimliki olehnya sedangkan Malaysia hanya memiliki 18 universiti awam dan sedikit universiti swasta yang dikawal ketat mutu dan kualitinya. Minggu lepas akhbar Bali Post menyiarkan berita tentang ramainya dosen-dosen universitas di Indonesia yang hanya memiliki S1( ijazah sarjanamuda) yang perlu diberi kursus untuk mendapatkan sertifikat bagi S2(ijazah sarjana -Master). Di Malaysia ijazah S1 hanya boleh jadi guru atau tutor sahaja dan tidak boleh jadi dosen (pensyarah) universiti. Malah universiti terkenal di Malaysia hanya menerima S3 untuk menjadi dosen,S2 hanya jadi tutor. Gaji guru sekolah menengah di Malaysia menyamai gaji profesor di Indonesia malah profesor tersebut terpaksa berkhidmat di beberapa universitas barulah mereka memiliki gaji sedemikian. Tahap pendidikan rakyat mereka amat rendah, ramai rakyat di Indonesia tidak bersekolah. Sahabat saya Made dari Bali dan adik-beradiknya tidak pernah ke sekolah. Dia sangat memarahi orde baru Suharto yang licik sekadar menurunkan harga beras dan minyak sahaja tetapi membiarkan rakyat tidak berpendidikan. Dosen-dosen dari Indonesia yang dilantik ke jawatan profesor di universiti di Malaysia di beri gaji lumayan RM 10,000 sebulan menyamai Rp 28 juta duit rupiah Indonesia sebulan. Tiap-tiap bulan boleh beli rumah di Indonesia. Mereka menjadi kaya raya, gaji tersebut amat sukar dipunyai oleh warga Indonesia di Indonesia malangnya kesarjanaan dan kesungguhan bekerja untuk Malaysia amat diragukan. Puluhan ribu warga Indonesia berduyun-duyun memasukki Malaysia secara sah atau secara haram. Mereka tidak peduli keselamatan laut,mati lemas tidak mengapa asalkan sampai ke Malaysia. Bagi mereka Malaysia adalah emas.TKI terlalu ramai di Malaysia. Malangnya kejadian jenayah berat banyak dikaitkan dengan mereka. Mereka menjadi perampok,perogol, penyamun dan pemukau. Dahulunya Malaysia amat aman dari masalah ini tetapi kedatangan pendatang asing telah merubah keamanan ini. Orang Indonesia di Indonesia cukup sensitif bila rakyatnya TKI ada yang didera, mereka protes sehingga ada rancangan televisinya menyiarkan karikatur menyindir Malaysia tetapi mereka tidak sedar ramai TKI nya menjadi lanun di Malaysia.

6 comments:

  1. ...bagaimana bapak bisa mengatakan calon presiden kami, rendah tahap pemikirannya? terutamanya SBY?

    ReplyDelete
  2. isu yang diketengahkan adalah isu biasa dan gampang seperti keadilan sosial dan sekolah gratis.Persoalan pokok di Indonesia ialah kemiskinan, korupsi. pembahagian ekonomi yang tak seimbang,sentralisai ekonomidan pendidikan. Pak karoroso, maaf aku menonton kempennya secara live dan melalui televisi, aku sangat kecewa.Kadang-kadang bisa saja aku jadi calon

    ReplyDelete
  3. Kalau pak korososo menonton televisi semua saluran, SBY berkempen tiap 10 minit sedangkan JK dan Mega aku jarang temui.Persoalannya di mana keadilan sosial yang ditunjukkan oleh SBY. Dia monopoli kempen di televisi.Malah kempennya asyik cakap lanjutkan,lanjutkan jangan bazirkan wang rakyat, cukupkan satu putaran sahaja.Wah mengecewakan sekali. aku ingin bertanya mana Amin Rais ya?

    ReplyDelete
  4. Pak Korososo jangan marah ya? Aku bercakap yang benar, melalui pemerhatianku di sini.

    ReplyDelete
  5. Mi, Jabatan Muzik UPSI amat kebutuhan dosen vokal. Pohon kerjasama bapak bertanya pada rakan-rakan di sana. Sekiranya ada, mohon maklumkan segera untuk tindakan selanjutnya pihak Fakulti. Tolong ya..

    ReplyDelete
  6. Zarul, nanti aku usahakan,namun begitu perlu hati-hati sangat. ada universiti di sini ngak di iktiraf di Malaysia.

    ReplyDelete