Friday, June 5, 2009

Cuti Sabatikal- Kembara Bali 4











2 jam kemudian kami sampai ke Kintamani. Di pertengahan jalan kami menyaksikan pemandangan indah bird view Tasek Batur berlatarbelakangkan Gunung Batur yang menawan itu. Cahaya matahari yang tumpah dipuncaknya menyinarkan silauan yang boleh memperlihatkan batang-batang pokok dan belukar. Di kejauhan tasek itu ada pemakaman mayat manusia yang dibiarkan reput tanpa berbau. Mayat-mayat manusia dibawa menyeberangi tasek itu dan dibiarkan terlantar di situ sehingga reput. Mengikut kawanku wiwik dari Jakarta bau mayat itu telah diresepi bau pokok yang khas yang tumbuh liar di situ. Di Kintamani udaranya dingin dan segar banyak buah-buahan dijual di situ seperti markisa,salak,manggis,tembikai,pisang dan limau. Buahan-buahan itu mudah didapati kerana udara yang dingin dan tanah yang subur mengingatkan kita kepada cuaca di Cameron Highland di Malaysia. Kami makan tengahari di Restoran paling mewah di Kintamani iaitu di restoran Goenawan di puncak bukit. Aku hanya makan pecal dan buah-buahan sahaja yang lainnya sudah pasti tidak halal. Pemandangan bird view Kintamani mengingatkan aku kepada pemandangan puncak Penang Hill di Malaysia. Kami kemudian pulang dan singgah di Art Market di bandar Sukawati. Barangan kraf seperti produk ukiran kayu, anyaman dan hasil tenunan banyak dijual di sini. Kedua rakanku dari Jakarta iaitu Wiwik (31 tahun) dan ibu x (50 tahun) membeli-belah di situ. Menyelusuri bandar Ubud, bandar dan pusat seni terkenal di Bali menyegarkan mata dan minda melihat kedai dan kilang yang menjual perabut dan produk ukiran kayu yang amat cantik dan halus. Aku akan ke sini nanti untuk tujuan penyelidikan yang khusus. saya sampai di Luisa Home Stay jam 8 malam.

No comments:

Post a Comment