Tuesday, June 9, 2009

Cuti Sabatikal- Kembara Bali 7



9 pagi 8 Jun 2009 selepas sarapan pagi aku mengunjungi pusat internet yang berdekatan dengan bilikku. Seperti biasa aku menulis blog sehingga jam 12.30 tengahari. Selepas itu makan tengahari di gerai Jawa Muslim melantak ikan goreng kerapu. Aku terus ke Supermarket Matahari di Kuta mencari kedai buku Preplus dan Gramedia. Aku membeli buku 2 buku di Gramedia berjodol Jawa Islam oleh Woodward dan Arsitektur dan kebudayaan Rumah Tradisional Bali manakala di Preplus aku membeli buku The Spirit of Wood buku mewah berkulit tebal berwarna warni yang ditulis oleh Farish Noor dari Malaysia yang dijual murahkecuali dak 75 Rupiah selepas diskaun 80 persen. Kemudian berehat di bilik dan menunaikan solat. Aku mula membaca buku Jawa Islam oleh Woodward sehingga larut malam. Buku yang mengesahkan sejarah kebangkitan Islam di Jawa khususnya di keraton atau istana dan pertentangan antara Islam tulin dan Islam kebatinan. Kelaparan, aku terus ke Restoran Minang Netrabu makan malam dengan lauk rendang dan paru-paru bersayurkan pucuk ubi. Restoran Minang Netrabu ini sangat popular di kalangan pemimpin Malaysia. Gambar Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato Seri Najib Tun Abd.Razak makan di Restoran Netrabu di Jakarta menghiasi dinding. Restoran ini adalah cawangannya di Bali. Malah Netrabu telah membuka rangkaiannya di Kuala Lumpur. Aku masih belum melukis lagi melainkan dalam Flight MH 715 ke Ngurah Rai International Airpot, Bali, potret mat saleh yang tertidur sempat ku rakamkan. Aku menelefon Pak Hardiman penyarah seni rupa di Fakultas Bahasa dan Seni di Universitas Pendidikan Ganesha untuk mengunjungi Rektor dan Dekan Fakultas Bahasa dan Seni Dr.Madi Sutama esok harinya. Beliau bersetuju tetapi rektornya ke Jakarta.

No comments:

Post a Comment