Friday, June 12, 2009

Cuti Sabatikal-Kembara Bali 11: Museum Le mayuer





































12 Jun 2009 jam 9 pagi aku seperti biasa ke pusat internet menulis blog dan memasukkan foto-foto terbaru. Selepas itu aku mengunjungi Museum Le Mayeur yang terkenal di Bali dan berada tidak jauh dari penginapanku. Terpesona dengan keindahan lanskap dan dekorasi di luar museum mengheret kaki terus ke pintu utama dan memasuki museum dengan megah. Tidak ada pengunjung ketika itu melainkan aku. Le mayeur adalah pelukis Belgium yang telah menetap di Sanur dan berkahwin dengan Ni Pollok wanita Bali yang cantik. Aku sempat membeli poskad mengenainya. Sayangnya tidak ada buku dan katalog mengenai museum ini yang dijual di kedai museum. Aku memerhati dan mengapresiasi setiap catan yang dilukis oleh pelukis Belgium ini. Kebanyakan temanya adalah wanita Bali dengan berdada telanjang berkemungkinan termasuk figura isterinya. Manakala catan yang menggambarkan dunia Eropah persis gaya Impresionisme yang meledak di Peranchis dan Eropah sekitar abad ke 19. Aku beranggapan Le Mayeur adalah pelukis terlatih yang telah mendapat pendidikan formal dalam bidang senilukis di sana. Figura dan potret yang dilukisnya menggunakan outline yang kuat dan mengesankan. Studi mengenai tubuh badan wanita yang dilukis adalah 'proportion' dan tepat. Medium yang digunakan oleh Le mayeur ialah cat minyak, cat air dan pensil pada kanvas dan tikar jerami yang halus. Sayangnya catan-catan tersebut semakin usam, pihak berkuasa Indonesia perlu membuat perawatan terhadap karya-karya tersebut. Paling bertuah aku dapat mengambil foto catan-catan tersebut dengan keizinan pegawai museum. Museum ini adalah rumah kediaman Le Mayeur dan isteri yang indah penuh dengan ukiran Bali, berhadapan dengan pantai Sanur yang juga penuh dengan manusia yang mandi-manda dan melakukan aktiviti laut. Petangnya jam 5 aku turut mandi manda di situ dengan membayangkan Le Mayeur dan isteri juga bermandian di situ.

No comments:

Post a Comment