Friday, June 5, 2009

Cuti Sabatikal- Kembara Bali 2


Aku telah berpindah ke Luisa Home Stay di bandar pelancungan Sanur pada 3 Jun 2009 jam 2 petang. Menyewa satu bilik tidur dengan satu bilik air dan veranda dengan sewanya 1 juta setengah Rupiah menyamai RM 535. Sukarnya untuk mendapatkan rumah sewa di lokasi ini. Bilik menginapku sangat berdekatan dengan pantai Sanur yang indah ini iaitu 100 meter dari laut dan bersebelahan dengan jalan besar yang kiri kanannya penuh dengan hotel lima bintang ke bawah. Segala kemudahan amat mudah di sini seperti hotel,restoran,pub,kelab malam,diskotek,siber kafe,mini market, bank, galeria seni yang bersebelahan dengan bilik menginapku. Teksi dan van hijau( dipanggil angkut ) memberikan perkhidmatan 24 jam. Jiran-jiran sebelah bilikku ialah orang Australia dan orang Eropah serta orang Jepun. Malamnya happening dengan live band,karaoke, dance dengan orang-orang Eropah dan Asia yang memenuhi kawasan ini. Tidak seperti bandar Kuta dan pantai Kuta yang terlalu sibuk, bandar Sanur dan pantainya lebih aman dipenuhi pokok-pokok dan hutan yang merimbun menjadikan kawasan ini segar dengan angin pantai bertiup 24 jam.

2 comments:

  1. askum....salam sejahtera dr suhaimi yg dikasihi...
    sebelum memulakan bicara elok la lly minta maaf diatas segala2 nya..lly tak sempat nk hantar dr ke airport baru2 ni kerana tidak berkesempatan dan tiada kenderaan..harap dr tidak berkecil hati dgn lly..lly dah baca blog dr..seronok..lly rasa nk join gak..insyaallah ada rezeki lly akan sampai jugak dlm waktu terdekat..jaga diri bebaik..jgn luper makan ubat..

    ReplyDelete