Thursday, June 4, 2009

cuti Sabatikal-Kembara Bali 2: Luisa Home Stay@ Ari Accomodation

Aku telah berpindah ke Luisa Home Stay di Sanur pada 3 Jun 2009 jam 2 petang. Menyewa ssebuah bilik dengan kamar bilik air dan veranda berharga 1 setengah juta rupiah menyamai Rm 535. Harga agak mahal kerana sukarnya mendapatkan sebuah rumah di sini kecuali di kampung-kampung. Tempat tinggal ku sangat berdekatan dengan pantai Sanur lebih kurang 100 meter, tepi jalan besar dan amat berdekatan dengan segala kemudahan seperti siber cafe, kelab malam, pub, restoran, galeri seni, hotel 5 bintang dan hotel-hotel kecil,kedai-kedai kraf, mini market, kedai kain baju dan kedai-kedai massage yang puluhan banyaknya. Pengangkutan sangat mudah di sini tahan sahaja teksi atau van hijau, bila-bila sahaja akan berhenti dan menawarkan khidmat 24 jam. Sanur adalah bandar peranginan yang selamat dan tidak terlalu sibuk di bandingkan dengan bandar Kuta. Kehidupan malamnya happening dengan live band, karaoke, dance yang disukai oleh pelancung-pelancung yang kebanyakan orang eropah,Jepun, China dan orang Asia yang lain. Dengan perkataan lain emak bapak dan masjid sahaja yang tidak ditawarkan di sini. Esoknya jam 8 pagi 4 Jun 2009 saya telah pergi dengan kawan baru dari Jakarta mengunjungi pura Besakih iaitu candi Hindu yang paling tua dan paling besar di Bali. Pura ini telah di bina pada abad ke 8 Masihi pada zaman Kerajaan Sailendera terkemudian dari Borobudur ( Buddha )di Jokjakarta. Seni bina yang menarik dengan courtyard yang lapang dan binaan pura yang bertingkat-tingkat berlatarbelakangkan Gunung Agung yang sangat keramat kepada penduduk Besakih. Gunung Agung ini pernah meletus pada tahun 1962 yang mengorbankan 2000 penduduk tetapi tidak merosakkan pura ini. Kemudian saya dan rakan terus ke Kintamani kawasan sejuk di Bali. Pertengahan jalan ke Kintamani menyaksikan pemandangan yang paling indah mengadap tasik yang luas di bawah Gunung Bintur . Perjalanan yang mendaki kawasan bukit dikelilingi pokok-pokok yang kulitnya boleh dibuat minyak kayu putih mengingatkan saya kepada kembara di ChiengMai, Thailand. Kawasan yang redup dan dingin menyegarkan pemikiran. Di Kintamani, buah-buahan banyak dijual seperti.limau,markisa,salak,manggis, tembikai dan lain-lain. Kalau anda mengunjungi Penang Hill di Malaysia dengan pemandangan bawah yang menarik begitu jugalah dengan Kintamani.

2 comments:

  1. Waduh... gambaran yang bapak berikan seumpama syuga dunia... kepingan sekali ke sana secepat mungkin... InsyaAllah...

    Mi.. pesanan penaja...JANGAN MALAS MAKAN UBAT.. MAKAN JANGAN SEBARANG MAKAN...

    Take care... We in the faculty miss u

    Zaharul

    ReplyDelete