Saturday, June 27, 2009

Cuti Sabatikal 28-Kembara Bali:Mengembara di Surabaya







Jam 9.30 pagi 28 Jun 2009 aku ke Supermall Pakuwon Indah di kota Surabaya, mall yang agak besar dan mewah tetapi tidak sebesar KLCC atau Midvalley di KL. Aku sarapan pagi di restoran J.Co Donuts & Coffee yang halal. Di sini ada wifi percuma passwordnya ialah greenteafreeze dan aku menulis blog sambil makan donut yang kurang manis serta minum air greentea tanpa gula. Sejak aku tinggal di Bali dan mengembara ke Surabaya aku minum minuman tanpa gula. Di Indonesia kalau nak makan atau membeli makanan pastikan ada cop Halal dari Majlis Ulama Indonesia, barulah rasa yakin dan tenang nak makan. Kebanyakan restoran International seperti KFC, McDonald, A & W ada cop tersebut. Restoran tempatan yang terkenal seperti Es Teller Juara Indonesia, Raja Bakso, Malay Village (dari Malaysia) juga ada pengesahan halal itu. ( untuk maklumat semua restoran itu telah kukunjungi). Barang makanan yang dijual di supermarket seperti burger, hotdog, bakso daging sapi dan ayam, kentang, nugget, ayam dan daging lembu ada yang dicop halal oleh Majlis Ulama Indonesia anda tidak perlu ragu-ragu, barangan tersebut boleh dibeli, dimasak dan dimakan. Di Bali pun ada barangan seperti itu yang telah mendapat pengesahan halal daripada majlis tersebut. Aku juga menjengok toko buku di supermall di sini. Kegemaran aku ada dua kedai buku dan kedai makan. Jam 4 petang nanti pak supir akan menjemput aku dari hotel Pavillion tempat aku menginap untuk menaiki bas Pariwisata yang akan bertolak jam 6 sore ke Denpasar, Bali yang akan mengambil masa 12 jam untuk sampai ke sana. Insyallah aku akan menjelajah ke kota-kota besar Indonesia di lain kali pula.

4 comments:

  1. teruskan menggali khazanah Bali. nanti aku pula yang menggalinya.

    joe

    ReplyDelete
  2. Wah Dr,jln sakan nmpk.....nie buat research or pusing2 bali....huhuhuhu.gurau je Dr...bagus lah Dr wat 2 keje dlm 1 masa.....wat research sambil berjalan2...hrp Dr bertambah sihat di sana......amin.

    ReplyDelete
  3. Thanks Joe. Thanks Miela. Untuk pengetahuan Miela saya ke Surabaya mencari sumber/data penting tentang kesenian Bali yang boleh ditemui melalui buku-buku,majalah dan jurnal. Di Bali kurang buku sebab Bali tempat berlibur dan bulan madu manakala Surabaya ada perkampungan buku terutama buku terpakai di Jalan Semarang. Saya berhasil memperolehi maklumat dan bahan-bahan tersebut.

    ReplyDelete
  4. Salam, tengok wajah Dr. makin ceria... makanan di sana agaknya sesuai dengan Dr kot.... tapi jaga jangan banyak makan makanan segera...

    ReplyDelete