Sunday, June 21, 2009

Cuti Sabatikal 22-Kembara Bali: Menunggu Matahahari Terbenam di Tanah Lot



































































Aku sampai ke Tanah Lot jam 5 petang 21 Jun 2009. Ribuan manusia memenuhi kawasan itu. Aku bersesak-sesak ke tepi pantai tempat lokasi sunset dan Pura puncak bukit di tengah laut. Pelbagai manusia dari pelbagai negara seperti Malaysia, Jepun,China, Eropah, India dan orang tempatan memenuhi tempat strategik mengadap laut. Ombak yang kuat memukul batu-batu dan percikan airnya menyegarkan pemikiran. Aku mengambil foto setiap pergerakan matahari sehingga terbenam. Suatu pemandangan yang indah tidak pernah ku saksikan sepanjang hidupku. Subhanallah. Warna perang, merah kekuningan dan jalur putih memancar-mancar mengisi pemandangan langit dan laut. Suara ombak yang menderu mengiringi fenomena alam itu. Tepat jam 6 petang terbenamlah matahari itu.

5 comments:

  1. Sejak akhir-akhir ini Dr menunjukkan kepakaran berfotogafi.....

    ReplyDelete
  2. Wah!!bestnye Dr dapat ngok matahari terbenam secara life.......sy teringain sngt nak ngok matahari terbenam.tp smpi skrang masih tak kesampaian.....huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Datanglah ke Bali anda akan menyaksikan fenomena matahari terbenam secara live antara jam 5 petang ke 6 petang di Tanah Lot Bali

    ReplyDelete
  4. Sdr Seni Visual inilah foto yang paling berjaya saya hasilkan secara live. Saya menunggu pergerakan matahari terbenam tiap detik. Jangan lupa bawa kamera kalau datang ke Bali.

    ReplyDelete