Saturday, June 20, 2009

cuti Sabatikal 20-Kembara Bali: Antara Kesenian dan Kepupusan






















20 Jun 2009 jam 11 pagi, sepanjang malam aku sentiasa memikirkan persoalan ini: Kesenian dan Kepupusan di Bali. Sepanjang 2 minggu aku menjelajah di beberapa tempat penting di Bali seperti Kuta, Denpasar, Sanur, Ubud, Kintamani, Sukawati, Besakih, Bedugul, Nusa dua dan Singaraja, aku mendapat jawapan yang pasti iaitu tidak ada lagi pokok-pokok tua dan besar sepanjang jalan, di kampung-kampung dan di hutan. Yang pastinya ia telah ditebang, yang tinggal hanyalah pokok-pokok kecil. Begitu juga batu-batu yang ada pada bukit-bukit dan gunung juga telah ditarah. Meninggalkan Bali dengan laungan kesedihan tanpa hutan tebal yang merimbun dan tanpa batu-batan yang menajap. Aku bingung. Apakah ertinya kesenian kalau semuanya telah musnah. Pokok-pokok kayu yang baik-baik seperti Jati dan lain-lain telah ditebang untuk buat perabut, produk ukiran, rumah dan sebagainya. Begitu juga bungkah-bungkah batu telah dipahat dan diukir untuk membuat pelbagai barang kesenian dan keagamaan. Aku resah dan inginkan penjelasan. Kutemui dan kuajukan persoalan ini kepada ramai pengukir dan pemahat di sini, jawapannya adalah sama iaitu kayu-kayu dan batu-batu tidak ada lagi di Bali, kami mengimportnya dari Jawa, Sumatera dan Sulawesi.Waduh! inilah yang paling ku takuti, Bali sudah pupus! Tidak ada konservasi di Bali, pemerintahnya membiarkan begitu sahaja tanpa pemeliharaan dan pemuliharaan hutan. Sekali lagi aku menjerit apalah ertinya kesenian yang indah......?

2 comments:

  1. ...nanti pohon pohon itu kami akan tanam semula pak...jgn menjerit pak...nanti demam lagi...

    ReplyDelete
  2. tak ada planning di Bali untuk tanam semula. Ini yang mengecewakan sekali. Aku udah jadi ahli The Greenpeace Indonesia satu NGO yang memperjuangkan hutan di Indonesia. Tapi yuran bulanannya Rp 75,000 aku belum bayar lagi.

    ReplyDelete