Wednesday, June 17, 2009

Cuti Sabatikal 17- Kembara Bali: Mencari rumah baru
















17 Jun 2009 selepas solat subuh aku meneruskan studiku tentang kesenian Bali melalui pembacaan buku Puri Museum Lukisan. Sambil berehat aku menunggu seseorang untuk mencari rumah yang baru. Aku telah menetap di kamar yang kecil ini selama 15 hari dengan ruang berkerja yang agak sempit dengan sewanya Rp1 setengah juta. sebulan. Pemuda yang ku tunggu telah datang dan membawaku ke rumah yang akan ku sewa. Nampaknya aku berkenan dengan rumah tersebut. Sewanya lebih murah iaitu Rp 1 juta sebulan. Kawasan rumah dan rumah tersebut sangat bersih dan luas. Ada satu bilik tidur, satu hall, satu bilik air, dapur, veranda dengan taman yang indah di perkarangannya,sangat redup dan nyaman serta tidak panas. Baru kuperasan rumah ini tidak ada kipas angin sebab agak sejuk. Malangnya tidak ada peti sejuk dan TV. Tetapi tidak mengapa aku akan berusaha mendapatkannya agar kehidupanku selama 9 bulan di sini selesa dan menyenangkan. Aku memilih rumah yang luas,memandangkan rakan-rakanku dari Malaysia pasti akan datang ,Insyaalah. Jadi tak perlu tinggal di hotel, rumahku boleh memuatkan lebih dari 6 orang. Rumah orang-orang Bali bertembok dan di dalamnya ada banyak bilik, veranda yang luas dan taman yang dijaga indah. Aku ke pusat Internet Nabila menulis blog dan memasukkan foto-foto terbaru. Aku kemudian makan tengahari di Restoran Dewata Minang masakan Padang yang halal. Pada malamnya aku ke pantai Sanur yang indah 100 meter dari kediamanku makan malam yang diiring dengan deruan angin dan ombak yang kuat.Add Image

7 comments:

  1. alhamdullilah, moga sihat dan bisa jadi priya yang terhebat lebih tenang

    ReplyDelete
  2. ..ya..syukur...udah dapat rumah..moga cutinya akan menjadi lebih anteng pak..

    ReplyDelete
  3. duduk kat rumah 1 juta... memang jutawan la... saya dan jo akan kesana nanti IsyaAllah...

    ReplyDelete
  4. hai tak kan dgn joe aje.. aku pun nak pegi jugak..

    zaharul

    ReplyDelete
  5. salam Mi. semoga terus meneroka dan menggali khazanah seni di Bali.

    ReplyDelete
  6. aku akan ke sana dengan Hasan pada 5 Ogos harap tungggguuuuuuuuuuuu

    ReplyDelete