Tuesday, October 20, 2009

Cuti Sabatikal 144-Kembara Bali: P.E.R.L.A.N.T.I.K.A.N S.U.S.I.L.O B.A.M.B.A.N.G Y.U.D.H.O.Y.O.N.O P.R.E.S.I.D.E.N I.N.D.O.N.E.S.I.A

20 Oktober 2009 satu peristiwa bersejarah dan penting telah berlaku di Indonesia iaitu perlantikan Susilo Bambang Yudhoyono sebagai Presiden Indonesia yang ke 6. Semua media massa -televisi dan kuran Indonesia menyiarkan berita bersejarah itu. Wakil negara-negara sahabat turun hadir dalam upacara itu termasuk Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Nagib Tun Abd.Razak. Semoga perlantikan Susilo Bambang Yudhoyono itu diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan dua negara antara Indonesia dan Malaysia yang sejak akhir-akhir ini dilanda kekeruhan.

Pada hal sebelumnya hubungan antara dua negara ini adalah terlalu rapat sebagai dua negara serumpun. Entah macamana angin gerhana melanda kedua-dua buah negara menyebabkan suasana suram dan mendungmenyelubungi langit Nusantara ini. Perlantikan Susilo Bambang Yudhoyono ini adalah buat penggal kedua selepas memerintah Indonesia lima tahun yang lepas. Beberapa perubahan yang positif sedang berlaku dalam perkembangan ekonomi, politik dan sosial di bawah pemerintahan beliau. Paling ketara ialah perlanjutan nilai-nilai demokrasi yang semakin subur di Indonesia. Siapa sahaja termasuk media massa bebas bersuara, bebas mengkritik kepada siapa sahaja termasuk kepada pemerintah. Dalam hal ini Malaysia adalah jauh tertinggal. Pelbagai peraturan, undang-undang dan akta menanti.

2 comments:

  1. Semoga hubungan serumpun itu diperkukuhkan..Media Indonesia wajar mencontohi media Malaysia..Boleh melaporkan apa saja tapi yang benar-benar aja. tidak manipulasi berita untuk kepentingan tertentu..

    ReplyDelete
  2. semuga bapak sby dapat menegakan islamic pula tidak saja bangsa indonesia kerna ini penggal yg kedua kali pak menerajui.

    ReplyDelete