16 Oktober 2009 sebelah pagi aku membuka laptop untuk melayari internet, sambil itu melihat blog rakan-rakan, menjengok Facebook dan Friendster. Jam 1o pagi aku ke Warung Sederhana menaiki bemo untuk sarapan pagi@makan tengahari walaupun kakiku masih sakit dan berdenyut. Ghoutku masih belum pulih sepenuhnya. Selepas makan aku ke Nabila Internet dan ke Musolla Fasttabiqul Khoirat bersebelahan dengan pusat Internet itu untuk menunaikan Solat Jumaat.
Khutbah Jumaat minggu ini disampaikan oleh seorang uztad dari luar Sanur. Isi khutbahnya bertemakan GIBBAH. Dalam Bahasa Indonesia dipanggil gunjingan manakala dalam Bahasa Malaysia dipanggil memburuk-burukkan atau pun gossip. Khatib tersebut meminta ahli jemaah supaya meninggalkan GIBBAH, walaupun cerita mengenai keburukan orang itu adalah betul. Menyembunyikan aib orang lain bermakna tidak memperkatakan keburukan saudara sendiri. Malah di akhirat nanti ALLAH akan menyembunyikan keburukan orang yang menyembunyikan keburukan saudaranya.
Mengikut khatib itu di akhirat nanti orang yang selalu memperkatakan keburukan orang lain akan dipakaikan kuku tembaga dan ia sentiasa mencakar-cakar jasadnya dengan kuku itu sehingga tercarik-carik badannya berlumuran darah dengan kesakitan yang amat sangat.
GIBBAH adalah perbuatan buruk yang nama baik seseorang itu tercemar dan maruah buruknya tersebar di kalangan masyarakat. Mengikut khatib dengan memetik peribahasa Melayu yang menyatakan "kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan mata tidak kelihatan" selalulah menghisap keburukan sendiri daripada memperkatakan keburukan orang lain. Dengan sibuk melihat keburukan sendiri tidak ada masa melihat keburukan orang lain.
Marilah kita sama-sama mendengar, memahami, menghayati serta mengamalkan ilmu yang telah kita ikuti tadi. Amin.Wallahualam
No comments:
Post a Comment