Sunday, October 4, 2009

Cuti Sabatikal 133-Kembara Bali: SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA











2 Oktober 2009 pada sebelah petangnya aku membentangkan kertas kerjaku yang bertajuk PERANG PERAK: SATU MANIFESTASI VISUAL- kertas kerja yang telah kukerjakan berhari-hari lamanya. Alhamdulillah dengan keyakinan yang tinggi dan aku berjaya membentangkannya di hadapan khalayak seni. Rakan-rakan panel dan pensyarah-pensyarah lain meminta izin dari saya untuk mengambil data itu dari komputer. Saya membenarkannya sebab kertas kerja saya yang telah didokumenkan tidak mempunyai gambar disebabkan masalah teknikal ketika email dahulu.

Jam 4.30 petang acara pembentangan kertas kerja selesai. Aku dan rakan-rakan pembentang berehat di beberapa buah hotel di Singaraja. Aku berehat di Hotel Sentral untuk menunggu acara kebudayaan pada sebelah malamnya.

Aku sangat terharu acara kebudayaan itu seakan-akan khusus untuk kami pensyarah-pensyarah dari Malaysia. Persembahan kebudayaan seperti Tarian Tradisional Bali, Muzik Akustik, Muzik Gamelan dan Nyanyian Solo dari pelajar-pelajar UNDIKSHA memang menarik dan mengkagumkan.

1 comment: