Monday, October 12, 2009

Cuti Sabatikal 138-Kembara Bali:H.I.M.P.U.N.A.N K.E.T.U.R.U.N.A.N B.A.N.Y.U.M.A.S







11 Oktober 2009 aku dan Suadi menghadiri majlis perhimpunan warga keturunan dari Banyumas, Jawa Tengah. seluruh Bali yang diadakan di Renon, Denpasar. Aku dijemput oleh Suaidi minggu lepas melalui satu surat yang ditunjukkannya. Dia mengetahui aku berasal dari tanah leluhurku BANYUMAS, Jawa Tengah. Memang kakekku ( datukku Hj.Umar) sebelah ayahku berasal dari situ. Malah Nenekku Embah Murni juga berasal dari tempat yang sama. Kedua-duanya berhijrah ke Malaya pada mulanya di Teluk Intan dan akhirnya sampai Ke Behrang Stesen,Perak. Di situlah lahirnya bapaku Hj.Mohd.Noor (almarhum). Manakala datuk sebelah ibuku pula Hj.Shafie berasal dari SURABAYA, Jawa Timur.

Sebelum bapaku meninggal dunia dia pernah memberitahuku asal usulnya. Malah katanya kalau ke Indonesia jangan lupa ke BANYUMAS. Almarhum pernah menceritakan tempat tinggal dan tanah ayahnya di BANYUMAS iaitu berhampiran dengan stesen keretapi BANYUMAS. Sehingga kini aku masih belum lagi ke situ sedangkan aku telah mengembara ke Jakarta, Jokjakarta, Bandung, Semarang dan Surabaya. Insyallah satu ketika nanti aku akan menjejaki ke situ.

Dalam majlis yang permai itu, ramai warga BANYUMAS yang hadir di dewan yang luas dan cantik itu. Jamuan kueh-mueh disediakan sebelah paginya. Manakala makan tengahari seperti nasi, lontong dan pelbagai makanan tradisional BANYUMAS disediakan. Aku memilih lontong.

Pelbagai acara diadakan seperti ucapan, nyanyian,lawak jenaka, jualan, muzik akustik diadakan. Paling mengejutkan bila pengacara majlis memperkenalkan aku kepada semua khalayak sebagai warga Malaysia berasal dari BANYUMAS. Aku bangun dari tempat dudukku memberi hormat dan satu tepukan gemuruh diberikan oleh majlis. Wah tak sangka sama sekali aku menjadi tumpuan dalam majlis itu. Aku percaya akulah satu-satunya orang asing yang hadir dalam majlis itu. Sepanjang majlis itu ramai yang bersalaman denganku.






3 comments:

  1. waduh-waduh bapak..untung sekali dapat ketemu dengan waris-warismu di Banyumas..

    ReplyDelete
  2. Beruntung bangek bapak ya kok dapat ketemu sama warga seketurunan lagi dapat makan percuma....Padanlah bapak hingga sampai lupa warga Malaya.

    ReplyDelete
  3. Tahniah, blog dah makin mengancam sekarang. Makin ramailah peminat bapak nanti.

    ReplyDelete