Thursday, October 15, 2009

Cuti Sabatikal 139-Kembara Bali: H.A.R.I. R.A.Y.A. G.A.L.U.N.G.A.N







12 dan 13 Oktober 2009 aku santai aje kat rumah. Seperti biasa mengemas rumah, memasak, membaca dan mengumpul maklumat untuk penyelidikanku. Sejak bulan Ramadhan dulu aku dah mula masak sendiri. Berbagai-bagai resepi aku cuba. Kadang-kadang aku masak kari ikan atau kari daging. Kalau jemu aku masak sup kepala ikan merah. Bila aku tak sihat aku masak bubur lambuk. Malah aku cuba juga masak ikan gulai kicap. Paling kerap aku goreng ikan atau ayam. Pernah juga aku masak mee goreng basah. Paling malas aku masak sardin atau nasi goreng aje. Wah...aku rasa kembali ke zaman bujang aku dulu sewaktu aku mengajar di BINATANG, Sarawak 1980-1984. 5 tahun di sana aku dah jadi campion masak. Apa saje insyaallah aku bisa memasakinya hatta rendang pun bisa.
Pada masa yang sama aku melihat isteri tuan rumah jiranku sibuk mengemas rumah, menganyam penjor(hiasan di hadapan rumah menggunakan daun kelapa bertujuan memeriahkan sambutan hari raya itu) membersihkan halaman dan memasak. 14 Oktober 2009 bersamaan hari rabu sambutan Hari Raya Galungan bagi penganut Hindu Bali diadakan. Aku teringat Deepavali di Malaysia. Tetapi di sini jauh berbeda. Mereka tidak tahu pun Hari Raya Deepavali itu walau pun mereka sama-sama penganut Hindu
Sambutan Hari Raya Galungan ini adalah kedua terbesar selepas NYEPI. NYEPI adalah perayaan hari Raya masyarakat Hindu Bali bagi menghalau makhluk jahat. Pada malam itu semua lampu dipadamkan termasuk lampu eletrik di seluruh Bali. Lampu jalan atau lampu di kedai, kantor atau rumah mesti dipadamkan. Azan pun tidak boleh dikemundangkan mengguna pembesar suara. Semuanya sepi. NYEPI. Upacara menghalau makhluk jahat akan diadakan di sepanjang jalan seluruh pelusuk Bali. Perayaan ini diadakan pada bulan MARET (Mac). Ya...ketika itu aku telah pun pulang ke Malaysia kerana tempuh cuti sabatikalku berakhir pada 28 Februari 2010.

1 comment: