Friday, October 16, 2009

Cuti Sabatikal 140-Kembara Bali: G.H.O.U.T


15 Oktober 2009 aku diserang ghout ( di Indonesia dipanggil asam urat) dibahagian lutut sehingga bengkak. Aku terfikir-fikir apakah yang aku makan. Iya..aku mensyakki belacan Bali. Semalam aku masak kari ikan merah dengan sambal belacan. Memang berbeda sungguh sambal belacannya. Kadang-kadang apa yang aku rancang selalunya kurang menjadi. Kari di sini berbeda dengan kari di Malaysia. Kari di sini lebih banyak kunyitnya. Setiap bumbu ( rempah) yang ada di Indonesia pasti berbeda dengan bumbu di Malaysia. Santan pun memang sukar dicari melainkan santan yang telah ditin dan dikotakkan. Aku membeli santan kotak itu.

Aku sudah lama mengidap Ghout sejak tahun 1995. Aku masih ingat mula-mula aku diserang ghout. Ketika itu aku tinggal di Taman Bina,Tanjung Malim. Aku cuba bangun dari tidur untuk mengambil wudhu solat subuh. Tiba-tiba secara spontan aku menjerit kesakitan kerana tidak boleh bangun. Kakiku terasa amat sakit sekali. Aku menyelak kainku. Aduh...lututku bengkak merah seperti dibakar. Aku langsung tidak boleh bergerak. Aku dikejarkan ke hospital di depan rumahku. Aku direhatkan di katil kecemasan. Beberapa suntikan diberikan untuk meredakan kesakitan itu. Melalui ujian yang diambil dari sampel darahku menunjukkan kandungan asid urik berlebihan dalam saluran darahku.

Penyakit Ghout adalah disebabkan kandungan Asid Urik yang tinggi dalam darah. Asid Urik ini membentuk hablur-hablur kaca yang mengalir dalam darah. Bila hablur-hablur ini tersekat di bahagian sendi seperti lutut, buku lali, sendi tangan, sendi jari kaki atau tangan dia akan bengkak dan pengidapnya akan mengalami kesakitan yang amat sangat. Bergantung kepada tinggi rendahnya Asid Urik itu. Di Fakulti Seni dan Muzik yang aku tahu aku dan PM Tn. Hj.Iberahim Hassan adalah pengidap Ghout tegar. Kebetulan kami adalah MANTAN DEKAN FSM.

Asid Urik ini banyak terdapat dalam makanan laut seperti sotong (Indonesia panggil cumi), udang, ketam, kerang, ikan yang tidak bersisik seperti tuna, tongkol, sardin, pari dan laian-lain. Sotong ( cumi) adalah makanan laut yang paling tinggi mengandungi Asid Urik dan ia adalah makanan kegemaranku. Tetapi di Bali aku paling jarang menyentuhnya. Selain makanan laut beberapa sayuran juga mengandungi asid yang sama seperti sayuran jenis kekacang, bunga kubis, brakuli dan lain-lain.

Inilah masalah aku, kadang-kadang aku makan untuk mengurangkan kencing manisku tetapi ghout pula yang menjelma.

3 comments:

  1. Dr.. simpati dengan apa yang Dr alami... memang inilah masaalh kita...berpantang yang lain, dapat penyakit lain...
    Saya pun sebenarnya baru tahu...Ada sayur-sayuran, kacang dan jenis soya...menyebabkan asid urid... tapi inilah makanan untuk menjaga berat badan....heheh susah betul..
    Moga Dr. cepat semboh...jaga diri baik2

    ReplyDelete