Saturday, October 3, 2009
Cuti Sabatikal 132-Kembara Bali: SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA
2 Oktober 2009 jam 5.30 pagi selepas menunaikan solat subuh aku, En Hassan Ghazali dan PM Mohd.Zahidee bertolak ke Singaraja untuk menghadiri SEMINAR INTERNASIONAL KHAZANAH SENI RUPA NUSANTARA anjuran UNIVERSITAS PENDIDIKAN GANESHA,SINGARAJA. Rakan Suaidi memandu kereta membawa kami ditemani oleh Mahbud. Perjalanan yang memakan masa 3 jam dengan cuaca mendung dan dingin memang meletihkan. Kami pening. Malam tadi sepanjang malam aku tidak dapat tidur dan kedua-dua sahabatku hanya dapat tidur satu jam sahaja. Kami berbual-bual hingga larut pagi.
Malah sebelumnya aku bersama En Hassan Ghazali ( yang telah sampai jam 1 tengahari di bandara)menunggu PM Zahidee di Bandara Ngurah Rai International Airport sehingga jam 1 pagi. Beliau datang bersama-sama Dr.Abd.Halim Hussain,Cik Eleena Abdullah dan 20 orang pelajar-pelajar master seni UPSI. Selain mereka satu kumpulan pensyarah-pensyarah UITM dan Universiti Kuala Lumpur turut bersama untuk menghadiri seminar tersebut. Hanya En.Hassan Ghazali dan PM Mohd.Zahidee yang menginap di rumahku manakala yang lain-lainnya menginap di hotel.
Selapas majlis perasmian sesi pertama "Key note address" dilakukan. Aku telah dilantik menjadi moderatur. Tokoh-tokoh panel ialah Prof.Tjep Tjep dari UPSI,Pak Hardiman dari UNDIKSHA, Dr.Abd.Halim Hussain dari UPSI dan Dr.Jean Contordeau dari Peranchis. Sesi yaqng berlangsung selama dua jam dijalankan dalam dua acara iaitu pembentangan dan diskusi. Alhamdulillah aku selesai menunaikan tugasku yang pertama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya sangat senang dan Bangga dengan Tuan Dr, yang memiliki banyak nilai2 etika dan art dalam setiap langkah. Thaniah.
ReplyDeleteSaya sebagai orang yang banyak memandang segalanya dengan optimisme......Perjuangan Tuan Dr di Keilmuan Pendidikan sangatlah diperlukan Masyarakat... oleh karena Insaya Allah saya akan dapat jumpa dengan Tuan Doktor semoga di antara Bulan Sepetember dan oktober. dan kepergian saya ke Malaysia yang kesekian kali ini dalam rangka research. Jika Tuan Dr Ada FB atau yang dapat di hubungi:
data saya: Dr. H. Amir Mahmud, M.A
Lecturer: Univesitas Muhammadiyah Surakarta ,Fak: Magister Pemikiran Islam. Jawa Tengah.
Hp: +628170630773, Fb. doktoramir@gmail.com
Email: nek_amir@yahoo.com
Salam, saya mengucapkan terima kasih atas layanan semasa saya di Bali. Saya tidak dapat menghubungi melalui HP kerana telefon saya terus tidak berfungsi sejurus balik dari Bali. Jaga kesihatan....
ReplyDeleteSalam Dr.Amir, terima kasih kerana komen yang diberikan. Untuk pengetahuan bapak doktor saya sekarang tinggal di Sanur Bali selama 9 bulan menjalani cuti sabatikal saya di sini. Di sini saya melakukan penelitian mengenai kesenian tradisional Bali. Paling menarik dalam penelitian saya ialah terdapatnya khazanah kesenian Islam di Bali yang jarang orang luar mengetahuinya. Untuk maklumat bapak saya boleh dihubungi dengan no hp: 081353612278. Email addres, FB,YM,Friendster ialah suhaimie.noor@yahoo.com
ReplyDelete