Monday, October 19, 2009

Cuti Sabatikal 143-Kembara Bali: PROGREM BASMI KEMISKINAN





18 Oktober 2009 bersamaan hari Ahad aku dan Suaidi ke Denpasar melihat pameran Progrem Basmi Kemiskinan yang diadakan bersebelahan dengan Muzium Bali. Lokasi pameran itu sungguh menarik kerana kawasan yang sangat redup, berangin dan tidak terlalu sibuk. Pohon-pohon besar dan rendang melindungi gerai-gerai pameran. Pada masa itu jam 11 pagi, belum ramai yang datang menyaksikan pameran itu. Aku mendapat tahu bahawa perasmiannya dilakukan pada waktu sore nanti di pentas utama di hadapan padang bersebelahan dengan tapak pameran ini.
Gerai-gerai jualan produk Indonesia seperti beras, baja, buku-buku dan lain-lain disediakan. Malah ada pentas utama yang menyediakan pelbagai persembahan. Aku tertarik dengan khidmat kesihatan percuma yang disediakan untuk pengunjung lelaki dan wanita secara berasingan. Aku mengambil kesempatan itu untuk diperiksa tekanan darah. Alhamdulillah tekanan darah aku normal 120/80.
Aku juga mengadu kepada doktor yang melayani pengunjung di situ tentang sakit pinggang aku. Dia menyelak bajuku di bahagian belakang dan memeriksa sekiranya ada ketulan. Memang tiada ketulan dan aku menyatakan kekerapan sakit pinggang yang aku tanggung. Dia bertanya umur dan berat badan. Mengikut doktor itu peningkatan umur dan berat badan barangkali menjadi faktur penyebab sakit pinggangku ini. Wah macam-macam andaian yang diberikan oleh doktor. Pernah aku berjumpa seorang doktor di klinik di Malaysia mengadukan sakit pinggang aku ini. Jawapannya sangat mudah "berapa lama u menggunakan tilam u itu" Tilam yang lama dipakai dan tidak diganti juga penyebab sakit pinggang kerana postur badan kita tidak sesuai lagi dengan tilam itu. Wah begitulah jawapannya pulak.
Baru aku teringat sebenarnya aku dan Suaidi ke sini kerana mengambil barang-barang pesanan yang dikirimkan untuk aku oleh rakan Eleena. Barang-barang seperti rempah ratus, teh,milo dan nescafe dari Malaysia. Aku mengadu pada Eleena kebetulan dia tinggal di rumah aku selama dua hari di Sanur,Bali sukarnya mendapatkan produk dari Malaysia. Rempah ratus di sini berbeda dengan Malaysia. Aku masak jarang menjadi. Karinya tidak serupa kari. Lemaknya tidak serupa lemak. Aku kepingin nak makan kari mamak Penang. Mana ada rempah macam itu di Bali atau di Indonesia. Alhamdulillah dapat juga aku rempah ratus itu. Ini bermakna selera makan aku pun bertambah bila aku masak nanti.

No comments:

Post a Comment