23 Oktober 2009 sebelah paginya seperti biasa aku membuka laptop untuk melayari internet, membuka blogku http://orangbehrang.blogspot.com/ untuk melihat komen dari rakan-rakan. Pada masa yang sama juga menjengok Facebook, YM dan email. Aku sempat juga memberi komen tulisan-tulisan dalam blog rakan-rakan. Paling kerap blog yang kukunjungi ialah http://johariseni.blogspot.com/, http://rupasenirupa.blogspot.com/, dan beberapa blog lagi seperti blog Institut Peradaban Melayu dan Blog Prof Abdullah Hassan. Aku banyak juga memberi komen kepada blog Prof Abdullah Hassan dan Blog Institut Peradaban Melayu khususnya dalam isu-isu yang ada kaitannya dengan sejarah.
Jam 11.30 aku bertolak ke Musolla Fastafiqul Khoirat dengan Bemo. Sedar-sedar rupanya aku orang pertama yang datang awal ke musolla itu untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah syukur. Aku mencari tiang tempat aku duduk bersandar. Kebetulan di bahagian belakang. Sepatutnya aku duduk di saf paling depan tapi aku tidak berbuat demikian. Sakit pinggangku tidak membenarkan aku memilih saf paling depan tanpa tiang. Aku perlu duduk bersandar bagi mengurangkan sakit pinggangku. Di Masjid Jamek Tanjung Malim pun aku berbuat demikian walaupun kadang-kadang datang lebih awal. Rakan-rakanku pensyarah UPSI memang senang nak mencari aku selepas solat Jumaaat iaitu di tepi tiang sebelah kiri. Itulah aku.
Khutbah Jumaat kali ini disampaikan oleh khatib dari luar Sanur. Isi khutbah berkisar kepada persoalan penebus dosa yang dilakukan oleh umat muslimin. Dengan mengemukakan hujah al Quran dan Hadith beliau menyatakan solat wajib lima waktu sebagai langkah terbaik menyuci segala dosa setiap hari. Manakala Solat Jumaat penebus dosa kepada dosa-dosa yang dilakukan sepanjang minggu itu. Aku mendengar penuh hati-hati sambil merakamkan khutbah itu dengan menggunakan Kamera Digital Cyber-Shot DSC-T77 jenama SONY. Walaupun kamera ini kecil aje tapi powernya boleh tahan juga. Ia boleh merakam video selama tiga jam tanpa henti. Kamera inilah yang aku gunakan sepanjang aku berada di Bali untuk membantuku membuat penyelidikan menggantikan kameraku yang kalis air, kalis gegaran dan kalis salju yang hilang di meja pejabatku pada tahun lepas.
Syukur, Allahdullah.... sama-samalah kita menggunakan media blog ini sebagai bahan dakwah Islam. Teruskan....
ReplyDeleteJangan lupa berkunjung ke http://senirupanusantara.blogspot.com. Hampir semua makalah Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara telah saya post. Tinggal beberapa yang masih terhalang olahan gambar.
ReplyDeletesering aku pandang tiang itu di masjid Tg. Malim..aku tahu walaupun tuan tak ada, tapi ia dapat mengubati rindu akan persahabatan kita..
ReplyDelete