Friday, October 9, 2009

Cuti Sabatikal 136-Kembara Bali: K.E.B.A.H D.A.R.I D.E.M.A.M




8 September 2009 aku masih lagi demam. Tidak lalu nak makan sehingga badanku semakin kurus. Semua seluarku longgar. Aku berehat aje di katil macam wad hospital. Isteri jiranku membawakan buah-buahan. Suaminya membawakan ubat. Yang datang menjengok Suaidi dan Rofiq bersama keluarga. Suaidi membawaku ke klinik. Entah beberapa hari aku tak membuka Televisi. Laptop pun jarang. Aku benar-benar capek. Jalan pun kadang-kadang terhoyong- hayang.

9 September 2009 aku gagahkan diriku untuk bergerak walaupun lemah. Aku teringat hari ini adalah hari Jumaat. Aku keluar awal menaiki bemo ke Restoran Sederhana untuk sarapan pagi @makan tengahari. Memang sudah lama tidak makan di restoran ini sejak aku mulai masak dalam bulan Ramadhan dahulu. Lepas tu aku ke Nabila Internet melihat email.

Jam 11.50 pagi aku ke Musolla yang kebetulan bersebelahan dengan pusat Internet itu. Alhamdulillah jemaah masih belum ramai ketika aku sampai ke situ. Waktu solat Jumaat ialah jam 12.30 tengahari. Aku benar-benar terharu mendengar khutbah yang disampai oleh khatib minggu ini. Kandungan khutbahnya mengenai Gempa di Padang Sumatera dan peringatan Allah terhadap kejadian itu. Paling berani khatib tersebut memprotes pemerintah Indonesia yang tidak melaksanakan Syariat dalam pentadbirannya. Beliau dengan lantangnya menyelar pemerintah sekarang yang telah 4 kali pemilu telah menipu umat Islam Indonesia. Malah mengikut beliau betapa bobruknya masyarakat Indonesia yang mengamalkan korupsi dan dosa-dosa lain yang tidak tertanggung lagi oleh bumi Indonesia. Beliau juga menyentuh tentang kejadian gempa bumi mengikut ahli sains tetapi ahli sains tidak langsung merujuk kepada firman-firman Allah tentang mengapa kejadian itu berlaku (pandangan yang sama aku utarakan dalam blogku yang terdahulu). Paling menarik dalam siri khutbah jumaat di masjid-masjid di Bali ialah khatibnya dijemput dari tokoh-tokoh luar. Mereka tidak menggunakan teks. Mereka bebas menyatakan sesuatu. Tiap-tiap minggu ada sahaja idea baru. Seolah-olah satu pidato umum sedang berlaku.


Amat malang di Malaysia, setiap khutbahnya perlu dibacakan. Teksnya di bawah kawalan Majlis Agama Islam Negeri. Kadang-kadang isu yang dikemukakan tak relevan dengan kejadian minggu itu. Aku masih teringat bila aku solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung Malim pada tahun lepas. Ketika itu umat Islam Palestin dihancurkan oleh tentera Israel dan HAMAS bangun menentang. Isu ini isu umat Islam seluruh dunia. Tapi khatib itu dengan lemah lembutnya membacakan khutbahnya mengenai taqwa tanpa mengaitkan langsung dengan peristiwa itu. Aku menggeleng-gelengkan kepala. Itulah sebabnya aku tidak pernah menadahkan tangan ketika khatib mendoakan panjang umur dan kesejahteraan untuk pemimpin. Sebaliknya aku tetap menterbalikkan tapak tanganku itu. Maaf aku Orang Behrang. Aku dan rakan-rakanku Orang Behrang kerap berbuat demikian. Rumusannya Di Malaysia membaca khutbah di Indonesia berkhutbah.


Selepas solat selesai aku bersalam dan berbual-bual dengan beliau. Ternyata beliau kerap ke Sri Petaling, Malaysia. Pusat Tabligh Asia Tenggara. Beliau mengajak aku ke Pusat Anak-Anak Yatim di Denpasar. Beliau adalah pengurusnya. Insyaallah satu hari aku akan ke situ.

2 comments:

  1. Allahuakbar!...tadi khutbah jumaat di MJ Tg Malim berbicara pasal rasuah (umum...wow! padat n mantap, khusus utk pemimpin)...sempena pilihanraya bagan pinang kot...kan calon bn adalah orang yg didapati sah melakukn salah laku rasuah...yg bestnya diangkat menjadi calon...dan yg lagi best...walau telah didapati sah salah...tapi tiada salah di sisi undang-undang negara...dan yg jadi lagi best...tiada merasa apa2 kesalahan atau kesesalan kpd ilahi...malahan bersungguh2 menjadi calon...nak jadi yb...
    (*bila boleh jadi calon n menang...itu tanda bersihlah...)

    ReplyDelete