Sunday, October 18, 2009

Cuti Sabatikal 142-Kembara Bali: N.U.S.A D.U.A F.I.E.S.T.A











17 Oktober 2009 pada sebelah pagi aku membuka laptop melihat blog sendiri, blog rakan-rakan serta melayari internet. Aku masih tidak lagi sihat disebabkan batuk dan demam. Aku kerap diserang penyakit waktu tinggal di Bali. Bisul( 2x), demam( 2x), ghout( 2x), sakit pinggang( kerap x) dan batuk (2x). Di sini luar biasa panasnya. Kalau tengahari eloklah jangan keluar-panas dan kering serta berhabuk. Hujan dah lama tidak turun. Cuaca yang panas dan kering ini menyebabkan batuk dan demam, Aku kerap minum air mineral bagi menghilangkan dahaga dan keletihan. Malah cuaca panas tengahari ini aku jarang keluar rumah kecuali ada keperluan.


Jam 5.30 petang aku dan Suaidi ke Nusa Dua untuk menyaksikan Festival Nusa Dua atau pun Nusa Dua Fiesta. Kami singgah ke Masjid Agung Ibn Bathuta untuk solat Maghrib. Kedudukan Masjid Agung Ibn Bathuta ini bersebelahan dengan pagoda, gereja dan pura. Ia didirikan zaman Order Baru Suharto, terdapat tandatangan Suharto pada plak perasmian masjid itu. Kedudukan yang bersebelahan empat rumah ibadat yang berlainan ugama ini adalah konsep PancaSila yang ingin diterapkan oleh pemerintah Order Baru ketika itu.


Selepas solat Maghrib kami ke warung makan sederhana untuk makan malam kebetulan Suaidi berpuasa hari ini. Kemudiannya kami ke tapak pesta iaitu di medan tapak tanaman pokok oleh pembesar-pembesar asing, di bahagian belakangnya ialah "waterboom."

Seperti pesta-pesta yang lain, Nusa Dua Fiesta menyediakan gerai-gerai pameran dari pelbagai wilayah negara Indonesia seperti dari Jakarta, Bandung, Jokjakarta, Siak, Menado, Kalimantan, Bali, Riau, Sulawesi dan lain-lain lagi. Pameran karikatur, kraf, tekstil dan produk makanan juga dipamerkan. Malah Pertandingan "Sand Sculpure" juga diadakan. Di pentas utama acara pembukaan rasmi dilakukan. Tarian, teater dan muzik tradisi dimainkan. Pertunjukan bunga api mengiringi pembukaan rasmi itu. Aku dan Suaidi singgah dari satu gerai ke satu gerai. Sempat juga aku bergambar dengan mereka. Antaranya nona dari Menado,Sulawesi (berbaju hitam) yang sangat terkenal dengan kecantikan wanita-wanitanya. Di Indonesia ada dua kota yang sangat terkenal dengan kecantikan wanita-wanitanya iaitu Bandung dan Menado. Kulit wanita-wanitanya putih dan halus sukar ditemui di Malaysia. Maaf aku ini lelaki estetik suka sangat "apreciate" kejelitaan wanita. Kata Pak Hardiman( dosen SeniRupa Universitas Pendidikan Ganesha,Singaraja) aku berdarah Sukarno yang sukakan wanita-wanita jelita. Aku rasa semua lelaki yang siuman memang sukakan wanita jelita. "Betul tak Pak Jajang, Pak Hardiman, Pak joe,Pak Hassan, Pak Zahidee dan Pak Roskang"Hanya lelaki yang abnormal saja yang tidak bersikap begitu!

1 comment:

  1. usah berblogkan ciri islamik kalau diri itu seperti orang munafik...
    malu anakmu ini melihat kau memeluk perempuan yang bukan muhrimmu!!!
    sudah berpendidikan taraf PHd, namun masih tidak tahu menilai kejelitaan sebenar wanita...
    buang saja gelaran dr itu
    USAH HANYUT DENGAN KEINDAHAN DUNIA
    KELAK KAU AKAN MELIHAT KEBURUKAN MASYAR

    ReplyDelete