Monday, October 26, 2009

Cuti Sabatikal 147-Kembara Bali: ZIARAH AHLI JEMAAH MASJID AGUNG IBN BATUTA











24 Oktober 2009 seperti biasa aku membuka laptop untuk melayari internet, membaca komen dalam blogku, menulis komen untuk blog rakan-rakan, melihat facebook dan YM. Keesokannya 25 Oktober 2009 aku diziarahi oleh tetamu dari Masjid Agung Ibn Batuta, Nusa Dua. Kebetulan aku pernah solat Maghrib di Masjid itu pada minggu yang lepas. Mereka ialah Suaidi, Asip dan Adat. Kemudian seorang daripada jemaah dari Masjid ANNUR Anur Rofiq datang bersama anaknya lewat sore. Aku udah ada seorang lagi teman dari Surabaya yang kebetulan telah datang 3 hari yang lepas- Yanto. Beliau sedang bertugas di Bali pada hujung bulan Oktober ini. Memang beliau kerap ke Bali dan setiap kali ke Bali beliau akan menyewa sebelah bilik aku. Jadi adalah teman untuk berbual-bual bila kesunyian.
Teman-teman dari Masjid Agung Ibn Batuta itu berpuasa hari ini. Mereka kerap berpuasa selang sehari. Aku mengambil peluang ini untuk memasak menu istimewa dari Malaysia iaitu Kari ikan dan masakan ikan cencaru goreng belah belakang. Mengikut Hadis memberi makan kepada orang yang berpuasa sama pahalanya seperti orang berpuasa. Insyallah aku perlu ikhlas dalam hal ini. Sementara aku memasak dan menunggu waktu berbuka puasa, mereka melakukan pelbagai aktiviti ada yang tag facebook, ada yang menonton TV dan ada yang melayan kerenah anak.
Alhamdulillah tak sangka aku boleh masak sedemikian rupa sehingga aku pun menambah sepinggan lagi ( orang tua-tua kata makan ramai-ramai tu menambahkan selera). Kebetulan rempah( bumbu) karinya dibawa oleh rakan ku Zahidee dan Eleena. Apatah lagi tetamuku yang tidak pernah merasai kari Made in Malaysia ini, aku melihat mereka begitu berselera menjamah menu ku ini. Wah...puasnya aku memasak sehingga masakan itu selesai dijamah mereka. Selepas berbuka puasa mereka solat maghrib di rumahku sebelum mereka pulang ke Nusa Dua.

1 comment:

  1. tuan seorang yang pemurah..rezeki tuan akan melimpah..semoga kesihatan bertambah baik..amin

    ReplyDelete