Saturday, October 10, 2009

Cuti Sabatikal 137-Kembara Bali: S.Y.A.H.I.D.N.Y.A D.U.A. O.R.A.N.G S.Y.U.H.A.D.A







10 Oktober 2009 aku menonton televisi siaran berita Metro TV sore. Satu siri pembunuhan oleh DENSUS 88 ( cawangan khas Polis Indonesia)berlaku lagi ke atas dua orang adik beradik assyahid Saifuddin Shuhri Jailani dan adiknya Assyahid Mohd.Shahril Jailani ( aku teringat nama sahabatku Dr. Roskang Jailani di Malaysia, adakah mereka adik beradik?) yang berlaku di Banten Jawa. Kedua-duanya pernah ditahan dalam penjara Indonesia kerana disyaki dalam pengeboman hotel-hotel di Jakarta. Kedua-duanya adalah ahli Jemaah Islamiyyah Asia Tenggara.


Aku hanya berdoa semoga roh kedua-dua assyahid ini diterima amal baktinya oleh ALLAH AZZAWAJALLA sebagai assyuhada bersama-sama golongan assyuhada terdahulu dari mereka. Amin.

Di akhirat nanti darah mereka menjadi saksi sebagai pengorbanan mereka kepada perjuangan menegakkan Kalimah ALLAH di muka bumi ini. Apakah yang boleh kita tunjukkan kepada ALLAH nanti di akhirat? Solat kita? Haji kita? Puasa kita? Itu semua tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Pada zaman Umar Al Khatab berlaku satu peristiwa, seorang Wanita muslimah telah dipermalukan oleh orang-orang Kafir jauh dari Mekah dan Madinah. Mendengar kejadian itu Saidina Umar Al Khatab menghantar satu batalion tentera muslimin mengajar orang-orang kafir itu. Sekarang ini berapa ramai kaum muslimah yang diperkosa di Iraq, di Afghanistan, di Burma, di Selatan Thai, di India oleh orang-orang kafir itu. Tiada seekor pun kaum muslimin yang datang membela! Nampaknya kita yang lemah iman ini hanya mampu menunjukkan hati benci kita kepada Kuffar Amerika dan sekutu-sekutunya yang sewenang-wenangnya membunuh umat Islam Iraq, Afghanistan, Sudan dan sekarang ini Iran pula menjadi sasaran. Kalaulah itu pun tidak ada, entahlah di mana status kita sebagai umat Islam? Malunya hendak menemui ALLAH dengan jiwa kosong!

1 comment:

  1. "Apakah yang boleh kita tunjukkan kepada ALLAH nanti di akhirat? Solat kita? Haji kita? Puasa kita? Itu semua tanggungjawab yang mesti dilaksanakan." Satu persoalan nampaknya....

    Selalunya manusia melakukan semua ini kerana tanggungjawab dan kemestian tapi tidak ditanam bersamanya di dalam hati bahawa tiada makna tanggungjawab jika tiada keikhlasan dan ketulusan. Kebanyakkan kita melaksanakan suruhan Tuhan kerana malu kepada masyarakat atau selebihnya ingin menaikkan nama di kalangan ahli komuniti bagi tujuan kepentingan diri. Ramai di kalangan kita umat Islam bangga untuk pergi mengerjakan haji dan umrah supaya pulang dengan title yang membuatkan masyarakat menghormati kita. Bolehkah kita pastikan berapa ramai yang benar-benar MABRUR hajinya atau may I borrow jer. Kita sering melihat isu-isu besar, isu negara atau sebagainya tapi pernahkah sekali dalam seumur hidup kita bermuhasabah........

    ReplyDelete