Tuesday, April 20, 2010

ULANGTAHUN KE 25 PERKHIDMATANKU DI MPSI,IPSI DAN UPSI 1.1.1986- 1.1.2010













22 April 2010, tahun ini genaplah 25 tahun perkhidmatanku di institusi yang bersejarah ini MPSI,IPSI dan UPSI. Aku mula berkhidmat di Maktab Petguruan Sultan Idris pada 1 Januari 1986 dan sekarang telah menjangkau tahun ke 25 aku di sini. Maknanya aku bolehlah berbangga menyambut sendiri perayaan Jubli Perak sempena 25 tahun perkhidmatanku ini.





Bukanlah senang untuk mengekalkan diri secara konsisten di tempat yang sama sepanjang tempoh masa 25 tahun itu tetapi alhamdulillah aku komited dan konsisten dengan kerjayaku di sini untuk mendidik bakal guru. Perasaan bangga dan puas hati memang tidak dapat digambarkan bila melihat kebanyakan sekolah menengah dan rendah di Malaysia mempunyai guru-guru yang ku didik dan ku latih di institusi bersejarah ini. Lebih bangga lagi bila mereka meluru untuk bersalam denganku bila aku datang ke mana-mana sekolah ketika menyelia praktikum.





Sebagai analogi dan kiasan sepanjang 25 tahun perkhidmatanku itu,aku masukkan foto potretku ketika berumur 1 tahun,11 tahun,14 tahun,17 tahun,18 tahun,19 tahun,2i tahun,22 tahun dan foto terkini 53 tahun. aku publishkan juga foto-foto zaman persekolahan dahulu untuk kenangan.

4 comments:

  1. Salam Dr..sy berbangga menjadi antara anak didik Dr selama berada di IPSI. Sekarang sy aktif di dalam Persatuan Seni Lukis Kelantan (http://pesenikel.blogspot.com/). Itu semua berkat tunjuk-ajar dan kesabaran Dr..semoga Dr dipanjangkan umur..Amin

    Mazeri (Deen)

    ReplyDelete
  2. Dr..sy berminat untuk melakukan penyelidikan bertajuk Kaedah Pengajaran Seni Visual Melalui Kaedah Permasalahan di peringkat PhD di UMK, mungkin hujung tahun ini. Sila bagi pendapat Dr?

    Mazeri

    ReplyDelete
  3. Entah mcm mana saya ter "click" blogspot ni. Saya orang Sg Selisek. Masa Dr dalam "darjah" 6 di SKTM saya berada dlm Thn 1 MPSI. Satu keistimewaan yg ada pada Dr yg tak ada pada orang lain - Dr tak pandu kereta. Semoga Dr diberikan kesihatan yg baik dan kelapangan masa walaupun telah bersara diharap terus memberikan khidmat kepada masyarakat, Insya Allah.

    ReplyDelete