Thursday, April 22, 2010

SEK.KEB.KAMPUNG PAUH @ SEK.KEB.DATO' KAMARUDDIN,BEHRANG STESEN,PERAK, 1967


22 April 2010 jam 9.40 malam, aku teringat untuk memasukkan foto guru-guru dan murid-murid Sek.Keb.Kampung Pauh @ Sek.Keb.Dato' Kamaruddin,Behrang Stesen,Perak yang kumiliki dan kusimpan sekian lama. Foto ini dirakamkan pada tahun 1967 ketika aku belajar di darjah 5 sekolah itu. Aku masih ingat lagi wajah dan nama guru yang ada dalam foto itu kecuali dua orang guru pelatih MPSI yang menjalani praktikum di situ. Nama-nama guru tersebut ialah Guru Besar Cikgu Laili bin Abd.Ghafar,Cikgu Noraini, Cikgu Kamaruddin bin Abd.Wahab dan Cikgu Badaruddin. Cikgu Badaruddin adalah guru kelasku Darjah 5.Dia amat baik, termasuk Cikgu Noraini dan Cikgu Kamaruddin manakala Guru Besar Cikgu Laili telah kuceritakan perangainya dalam blogku yang terdahulu. Kami belajar di dewan orang ramai di hujung kampung kerana kelas tidak mencukupi.


Pada tahun berikutnya 1968, kami akan bersekolah di Sek.Keb.Tanjung Malim,Perak untuk menyambung kelas darjah 6. Masalah kelas yang tidak mencukupi menyebabkan hal itu berlaku.Pada masa itu sekolah hanya memiliki satu blok sahaja bangunan itu pun blok kayu tanpa tandas guru dan tandas murid. Murid-murid akan balik ke rumahnya untuk menunaikan hajat. Lebih menyedihkan guru-guru terpaksa berkongsi tandas dengan orang kampung. Aku masih ingat lagi Cikgu Noraini sentiasa memanggil aku untuk membawa sebaldi air sekiranya dia hendak ke tandas orang kampung.


Paling tidak menyeronokkan bila aku dan empat lagi rakanku ke Sek.Keb.Tanjung Malim untuk melanjutkan kelas darjah 6 di sana. Cikgu Mohd.Noor yang garang dan tidak berperikemanusiaan itu adalah faktur ketidakseronokaan itu. Pada masa inilah hanya beberapa orang sahaja yang dapat melanjutkan pelajarannya di kelas darjah 6 di Tanjung Malim,yang lainnya keciciran kerana masalah kemiskinan. Wang tambang bas RM 15 setiap bulan menjadi faktur keciciran itu. Itu belum termasuk belanja poket lagi.

4 comments:

  1. Dr. lucunya kisah ni bila 'tang' kena ambil sebaldi air untuk cikgu. Dari sisi yg lain, ianya berkait nilai kepercayaan kerana guru tahu siapa di antara anak murid kepercayaannya yang blh diharap dan bertanggjwb melaksanakan amanah (walaupun hanya bergelar 'Si Penbawa Baldi')

    Sedihnya paparan ini pula apabila anak murid jadi mangsa keciciran akibat guru tiada sifat belas ihsan. Kesan daripada kisah pahit ini akan kekal terpahat dlm ingatan anak murid sehingga menimbulkan kebencian. Nilai yang baik pasti menjadi suri teladan manakala nilai buruk pula akan mengundang tafsiran negatif di kalangan anak didik kita. Berpuluh pasang mata bahkan sehingga cecah ratusan jumlahnya memandang sepasang mata (guru) yang berdiri di hadapan mereka (anak didik).

    ReplyDelete
  2. teringin gak nk balik kg berbakti pada anak kg yg telah sekian lma aku tinggalkn...mcm anjang akhirnya blik gak kg...tp aku rasa mcm x selesa nk berkhidmat di kg...cuti pun kekadang je blik...aku rasa di kk sabah nih lagi menarik walaupun d tmpat orang...dengan ujian dan dugaan hidup d rantau aku rsa lbih mendewasakan aku dan mematangkan aku...biar lah tiada sesiapa gak di kg tu...d sini aku menjadi perindu sepi...pd abg mat ( prof dr ah suhaimi)tabahkn hati dengan kehidupan ...dtg la sini jalan jalan..

    ReplyDelete
  3. salam. dr. sekadar bertanya, dr. 1st batch d sek ni? masa ni saya baru lahir. desperate sungguh masa tu ya... mcmana dr sk kg pauh ke sk. dato kamaruddin? msti ada sejarahnya

    ReplyDelete