Tuesday, February 2, 2010

Cuti Sabatikal 200: DR. HALIM MASUK WARD


2 Februari 2010 jam 12.45 tengahari ketika aku sibuk menulis di pejabatku, pintu bilikku diketuk orang. Siti Hajar menjengukkan muka dan memberi salam. Berita yang di bawanya: .....Dr. Halim masuk ward kerana masalah jantung. Dia ada di hospital Slim River.



Aku terperanjat. Dr Abd. Halim Hussein adalah Timbalan Dekan Akademik Fakulti Seni dan Muzik. Beliau pernah menjadi timbalanku menggantikan PM Zulkifli Yusuff yang meletakkan jawatan ketika aku menjawat jawatan Dekan FSM dahulu. Seorang yang efisen,"positive thinking"- tidak pernah memandang negatif pada seseorang dan paling senang berurusan dengannnya. Beliau berpotensi untuk mengambilalih tugas sebagai Dekan.



Aku dan PM Zahrul bergegas ke Hospital Slim River selepas solat Zohor. Kad yang bertulis di atas katilnya "Rehat sepenuhnya di Katil" membayangkan ada sesuatu yang tidak kena kepada jantungnya. Aku berdoa kepada ALLAH semoga beliau cepat sembuh. Fakulti dan UPSI memang memerlukan khidmat pentadbirannya.

2 comments:

  1. maaf x dapat melawat dr. halim..kami doakan beliau cepat sembuh..

    ReplyDelete
  2. smoga cepat sembuh dr. halim...=)

    ReplyDelete