Saturday, February 6, 2010

Cuti Sabatikal 2002: PENGAJIAN ISLAM DI MASJID JAMEK TANJUNG MALIM



6 Februari 2010 aku seperti biasa menunaikan solat Maghrib dan Isya di Masjid Jamek Tanjung Malim. Alhamdulillah aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menganugerahkanku kebahagiaan dan ketenangan ketika bercuti Sabatikal di Bali. Kembaraku mencari masjid, musolla, pasenteren dan khazanah serta warisan Islam di Bali telah Allah makbulkan. Malahan Allah menghadiahkan pula rasa ketenangan dan kebahagiaan yang amat sangat yang selama ini aku sukar miliki. Ya Allah aku bersyukur dan memohon ampun atas segala dosa-dosaku yang terdahulu dan akan datang dan aku bertaubat padaMu.



Pengajian Islamku di Bali aku lanjutkan di Masjid Jamek Tanjung Malim setiap malam sejak aku kembali ke tanah air pada 28 Januari 2010 yang lalu. Alhamdulillah di masjid ini menawarkan pengajian Islam setiap hari terutama selepas Solat Maghrib. Ada Pengajian Al Quran, kuliah Tafsir Al Quran, Pengajian Hadith, Feqah dan pelbagai lagi untuk muslimin dan muslimat kawasan Tg.Malim dan sekitarnya. Boleh dikatakan masjid ini sentiasa ceria dengan mutiara-mutiara Islam yang keluar dari lidah-lidah para ustad dan ulama yang sentiasa peka kepada pesan Rasulullah SAW iaitu "Sebarkan dariKu walau pun satu ayat"



Malam ini aku menghayati penuh khusyuk Pengajian tafsir Surah Al Baqarah: ayat 2 yang telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Lutfi. Metod penyampaiannya sungguh menarik. Selain diselangseli dengan intonasi yang berbeda, penegasan terhadap sesuatu yang sangat mustahak untuk diingati, beliau tidak terus duduk di kerusi, sebaliknya bergerak menggunakan "whiteboard" melakar dan menulis sesuatu bagi menjelaskan "PERJALANAN HIDUP MANUSIA" dari alam roh, alam rahim, alam dunia, alam barzakh sehingga ke alam akhirat iaitu destinasi terakhir perjalanan hidup manusia.



Kupasan ayat ini sungguh detail. Walaupun ayat 2 surah Baqarah ini pendek sahaja tetapi telah dianalisis dengan jitu sekali sehingga memakan masa lebih dari satu jam. Keistimewaan yang dianugerahkan Allah kepada ustaz Ahamd Lutfi ialah penguasaan dalam menghafal ayat-ayat Al Quran dan Hadith. Analisis ayat 2 diperteguhkan lagi dengan ayat-ayat dari surah yang lain.

3 comments:

  1. Semoga cikgu senniasa berada dlm lindungan Allah dan di teguhkan hatinya...

    ReplyDelete
  2. Aslmkm...saya suhaimi. MPSI 1984 -1987 PMPS.kmdn KDPK seni 1996 (group pertama pengsiswazahan kat IPSI).Rasanya boleh ingat kut..masa MPSI dulu Cikgu Zainal Abidin masih ada.Semoga rohnya bersama para shuhada.ada masa sila klik http://mieartgalley-suhaimi.blogspot.com atau http://www.suhaimi65.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Dgn nama Allah yg maha pemurah & maha penyayang.
    Alhamdulillah ketenangan & kebahagian yg dicari selama ini dimiliki jua.Semoga kita beroleh kesuciaan & kemuliaan hati untuk kehidupan kita yang abadi...amin.

    ReplyDelete