Tuesday, February 9, 2010

Cuti Sabatikal 2004: SUJUD TILAWAH DI MASJID JAMEK TANJUNG MALIM




8 Februari 2010 seperti biasa aku ke Masjid Jamek Tanjung Malim untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya. Sementara menanti waktu Isya, aku menghayati kuliah Feqah yang disampaikan oleh Ustaz Syed Hassan dari Slim River. Aku amat mengenali ustaz ini kerana penglibatannya dengan ABIM dahulu. Malah anak lelakinya pernah berguru denganku ketika di IPSI dahulu.




Kuliah Feqah yang disampaikan oleh Ustaz Syed Hassan adalah mengenai sujud Tilawah. Sebelum itu sebagai muqadimah beliau telah mengingatkan kembali pengajian yang lepas mengenai sujud Sahwi, sujud Sajdah dan sujud Syukur. Beliau menjelaskan sujud Tilawah ialah sujud yang dibuat ketika membaca Al Quran dan menemui 14 ayat yang meminta untuk melakukan sujud itu. Beda sujud sajdah dan sujud Tilawah ialah sujud Sajdah dilakukan ketika membaca ayat-ayat khas manakala sujud Tilawah dilakukan kepada ayat-ayat tertentu misalnya ayat "Wasjud Wabtorrib"( maaf tak pandai nak masukkan ayat itu dalam aksara Arab). Beliau juga telah menjelaskan rukun sujud Tilawah kitu sambil melakukan demontrasi.Mengikut beliau kalau tidak sujud Tilawah ketika membaca al quran di ayat-ayat yang dinyatakan, hukumnya tidak berdosa, tetapi tidak betul.

No comments:

Post a Comment