Thursday, February 4, 2010

Cuti Sabatikal 2001: MESYUARAT PAMERAN SENI




4 Februari 2010 satu mesyuarat pameran seni yang dianjurkan oleh Jabatan Seni Fakulti Seni dan Muzik telah diadakan di Galeri Seni UPSI jam 10 pagi. Beberapa orang pensyarah seni turut hadir antaranya Dr.Fauzi Sedon, Dr.Roskang, En.Abu Bakar Sabran, Prof. Dr.Zakaria Ali,Dr. Mohd.Johari Hamid, En.Hassan Mohd.Ghazali, Dr.Ahmad Suhaimi Mohd.Noor, Dr.Harozila, Pn.Akmal,Pn.Intan, Cik Muriza Mustapa, Cik Syuhada, cik Alina,En.Mohd.Noor Mustapa dan En.Amir Hashim.





Aku turut hadir dalam mesyuarat itu walau pun sebenarnya aku masih bercuti sabatikal lagi. Aku perlu hadir kerana ingin mengikuti perkembangan proses penyiapan sebuah pameran. Aku telah menghantar 4 buah karya cat minyak, satu esei untuk katalog pameran dan sekarang ini sedang menulis satu esei lagi yang berjumlah 15 muka surat untuk dimuatkan dalam buku pameran. Aku memberi tempoh seminggu kepada Dr.Mohd.Johari selaku Ketua Jabatan Seni untuk menyiapkannya, sebabnya aku hanya diberitahu masa itu. Rupa-rupanya pameran ini bukan sahaja memamerkan karya-karya dan katalog tetapi juga mempersembahkan sebuah buku khas pameran.

No comments:

Post a Comment