Tuesday, February 2, 2010
Cuti Sabatikal 199: KEHIDUPAN BARU DI UPSI
2 Februari 2010 adalah hari yang kelima aku di tanahair setelah kembali dari Bali. Memang terlalu banyak kenangan yang indah dan mengesankan di sana. Aku masih teringat adik-adik angkatku Suaidi dan Rofiq yang banyak membantu aku di sana. Kami kerap mencari masjid dan musolla di sana sambil membuat kerja-kerja lapangan. Aku masih berhubung dengan mereka melalui Facebook dan blog mereka.
Sepanjang lima hari aku di sini, aku mulai sibuk menyiapkan dua catan cat minyak untuk pameran Jabatan Seni Fakulti Seni dan Muzik yang akan diadakan pada bulan April di NN galeri Kuala Lumpur. Sebelumnya aku telah menyiap dan menghantar dua buah karya cat minyak pada bulan Disember 2009 yang lalu. Selain itu aku juga sibuk menulis untuk katalog pameran tersebut. Semua karya dan penulisan itu perlu segera dihantar sebelum 6 Februari ini untuk pengkatalogkan.
;
Aku melihat ahli jawatankuasa pameran begitu sibuk sekali mengambil foto karya dan wajah pelukis. Semua karya tersebut disusun sementara di Galeri UPSI. Kuratur Galeri UPSI En Abu Bakar Sabran dibantu oleh Dr. Fauzi Sedon, Cik Suhada dan Pn.Akmal sibuk menyiapkan draf katalog.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment