Sunday, February 7, 2010

Cuti Sabatikal 2003: TAFSIR HADITH DI MASJID JAMEK TANJUNG MALIM



7 Februari 2010 seperti biasa aku menunaikan solat Maghrib dan Isya di Masjid Jamek Tanjung Malim. Masjid ini amat berdekatan dengan kampus UPSI lebih kurang 300 meter dari pintu selatan kampus dan paling hampir dengan bangunan Fakulti Seni dan Muzik.



Kuliah Maghrib kali ini disampaikan oleh ustaz Syed Zamhuri, ustaz yang paling muda mengupas tafsir Hadith di Masjid ini. Kenalanku staf UPSI dan rakan masjid sentiasa mengimarahkan masjid ini tatkala ada pengajian. Banyak hadith yang dikupas oleh beliau tetapi yang pasti aku ingat ialah hadith yang berkaitan dengan "Sedekah" iaitu membuang duri dan segala bentuk kemudaratan di jalanraya.




Pada pandanganku ada "DURI" abad melinium ini di jalan-jalan raya di Malaysia yang perlu kita buang dan hapuskan iaitu "MAT REMPIT dan MAT RAGUT". Kedua-dua spesis yang sama ini tidak ada di zaman Rasullullah SAW tetapi ada di zaman kita. Kedua-dua mat duri ini banyak menyebabkan malapetaka di jalan raya. Mereka meragut, membunuh orang dan pada masa yang sama membunuh diri sendiri. Orang Cina tak buat kerja ini, orang India ada juga tetapi majoritinya adalah orang Melayu berugama Islam. Tindakan yang dilakukan oleh Polis DiRaja Malaysia adalah betul. Mereka berusaha menangkap spesis liar ini. Sepanjang 8 bulan aku di Bali langsung tak ada kedua-dua Mat ini. Aku tak tahu apa akan jadi pada remaja Melayu dan Islam di Malaysia ini.

1 comment:

  1. Dgn nama Allah yg maha pemurah & maha penyayang.
    Mungkinkah juga duri itu boleh dibuang dgn didikan yg diberi oleh para ibu bapa melalui pencarian rezeki mereka yg 100% halal dan pendidikan yg diterima drpd murabbi yg 100% ikhlas memberi ilmu...insyaallah.

    ReplyDelete