Wednesday, March 17, 2010
TAHLIL, DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN DI BEHRANG
Minggu lalu aku kerap sangat menghadiri majlis tahlil dan doa selamat di kampungku Behrang Stesen. Seingat hampir tiap minggu ada sahaja majlis seumpama itu diadakan. Alhamdulillah setakat ini aku masih tidak menghampakan mereka yang menjemputku hadir dalam majlis itu di rumahnya atau yang dibuat di masjid.
Seingatku, Abang mangi, keluarga arwah Pak Abu Bakar,ibuku sendiri, imam Jamaludin,keluarga arwah Socor, abang Aziz, Syed Damiri telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat. Pada minggu lepas sebelum aku ke Kedah, Abang Kufli dan isterinya Kak Siah juga telah mengadakan majlis tahlil dan kesyukuran di rumahnya selepas solat Isya. Aku sempat merakamkan foto-foto majlis itu.
Begitulah adat di kampung, setelah dijemput majlis kenduri kendara perlu dihadiri. Mengiratkan silaturahim (Orang Indonesia menggunakan istilah silaturrahmi) adalah perkara utama dalam kehidupan di kampung dan hal ini sukar ditemui di bandar-bandar, masing-masing dengan halnya sendiri, sakit pening dan susah payah sendiri yang tanggung.Berbeza dengan kehidupan di bandar, di kampung, mesyuarat,kenduri kendara kahwin atau kematian, sakit pening, susah payah semuanya diambil berat. Setiap ahli dalam masyarakat kampung itu tahu peranan dan tanggungjawabnya masing-masing. Alangkah indahnya corak kehidupan ini. Persoalannya sekarang mampukah corak kehidupan ini terus kekal bila berhadapan dengan arus kemodenan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Dr,
ReplyDeleteMenunaikan jemputan ke majlis makan adalah dituntut oleh agama kita. Alhamdulillah , ia masih kekal di kampung2 dan juga di sebahagian kecil kawasan perumahan Melayu di bandar-bandar besar.Zaman dahulu bila disebut kenduri , habis satu keluarga berangkut ke sana bawa buaian anak kecil.Mereka pergi kerana memikirkan tidak lagi payah memasak di rumah. Yang tidak mau mengikuti amalan ini hanyalah kerana mereka beranggapan ini adalah aktiviti membuang masa semata-mata.Ada juga disebabkan kerana mereka terlalu sibuk dan letih dengan hal dunia
Salam. Iya betul, wajib hadir melainkan ada hal yang syarie. Amalan inilah yang mengukuh hubungan persaudaraan sesama Islam.
ReplyDelete