Wednesday, March 10, 2010

LAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR AKADEMIK DAN ANTARABANGSA KE FAKULTI SENI DAN MUZIK


11 Mac 2010 jam 9 pagi, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Profesor Dr.Zakaria Kasa telah melawat dan memberi taklimat kepada seluruh staf akademik Fakulti Seni dan Muzik di Bilik Recital Tingkatan 1 FSM. Lawatan ini adalah lawatan rasmi kedua ke FSM sejak beliau berkhidmat di UPSI pada tahun 2008. Beliau juga kerap hadir dalam progrem yang dianjurkan oleh fakulti seperti perasmian pameran lukisan pelajar-pelajar serta persembahan muzik dan teater oleh pelajar-pelajar Muzik.




Banyak perkara yang telah diperjelaskan oleh beliau antaranya KPI fakulti, Akademia, pengantarabangsaan,kriteria kenaikan pangkat, kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, latihan industri, pertukaran pelajar,E-Learning dan prestasi pensyarah.





Sesi soaljawab juga telah diadakan. Banyak juga pandangan, saranan dan soalan-soalan yang dikemukakan oleh pensyarah yang meliputi persoalan penempatan guru baru ke sekolah pedalaman, laporan SPP, isu ICT, ketidakcukupan pensyarah dalam bidang tertentu dan prasarana.




Lawatan beliau diakhiri dengan jamuan ringan dan ramah mesra yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama Fakulti. Timbalan Nain Canselor telah diiringi oleh Pegawai Khas Ustaz Tarmizi, Timbalan Pendaftar Kanan Bahagian Akademik Puan Azzah Binti Abdul Latiff dan Penolong Pendaftar Kanan Pn.Maskana. Acara berakhir jam 12 tengahari.

No comments:

Post a Comment