Sunday, March 7, 2010

SEK.KEB.DATO' KAMARUDDIN BEHRANG STESEN: SAMBUTAN MAULIDIN RASUL







19 Rabiulawal 1431 bersamaan 5 Mac 2010 hari Jumaat, Sekolah Dato' Kamaruddin Behrang Stesen telah menyambut perayaan Maulidin Rasul. Perarakan ringkas mengelilingi sebahagian kampung pauh telah diadakan selain daripada acara biasa seperti persembahan nasyid dan ceramah agama.





Murid-murid sekolah berpakaian kebangsaan, berbaju Melayu dan berbaju kurung pelbagai warna, menarik perhatian saya. Seolah-olah seperti sambutan hari raya lagaknya. Mereka inilah bakal menjadi pemimpin masa depan. Cucu-cucu saudaraku juga turut sama berarak. Aku teringat, kami dulu tidak berpeluang berarak menyambut sambutan maulidin Rasul ketika itu. Perarakan tersebut diiringi dengan bacaan salawat oleh murid-murid dan guru-guru lelaki dan perempuan . Yang menariknya Guru Penolong Kanan 1, En.Gopal turut sama dalam perarakan itu walaupun beliau bukan beragama Islam.

No comments:

Post a Comment