Monday, May 31, 2010

PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI-FAKULTI DI UPSI


1 Jun 2010 bermulalah era baru bagi UPSI. Pensyarah dan staf pentadbiran telah diklusterkan kepada fakulti-fakulti yang baru. Fakulti Seni dan Muzik telah berkembang kepada tiga fakulti iaitu Fakulti Seni,Pengkomputeran dan kreatif industri, Fakulti Muzik dan Persembahan dan Fakulti Teknikal dan Vokasional. Fakulti Bahasa kepada Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia kepada Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan kepada Fakulti Penngurusan Ekonomi. Fakulti Teknologi Maklumat ditiadakan dan bergabung dengan Seni menjadi Fakulti Seni,Pengkomputeran dan Kreatif Industri. Manakala Fakulti Sains dan Teknologi di tukar nama kepada Fakulti Sains dan Matematik. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaaan bertukar nama kepada Fakulti Sains Kemanusiaan.


Seni dan Muzik mempunyai trak dan rekod yang sungguh hebat. Dulu dinamakan Fakulti Sains Sosial dan Keseniaan. Ketika itu itu Progrem Bimbingan dan Kaunseling di bawah penyelarasnya Dr.Bakhtiar Mansor berada di bumbung Seni dan Muzik sehinggalahlah berpindah membentuk Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Fakulti Sains Sosial dan Kesenian bertukar nama kepada Fakukti Seni dan Muzik. Selepas itu Sejarah dan Geografi juga "parking" di bawah Fakulti Seni dan Muzik sehingga kemudiannya keluar membentuk Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kemahiran Hidup juga mula bertapak di Fakulti Seni dan Muzik dan sekarang ini keluar membentuk Fakulti Teknikal dan Vokasional. Ini bermakna "Seni Dan Muzik" telah berjaya menternak disiplin ilmu yang lain sehingga membentuk fakulti masing-masing.

No comments:

Post a Comment