Thursday, May 6, 2010

NASI AMBENG DI SEMERAH,JOHOR.


4 Mei 2010 hari selasa ketika aku menginap di hotel Bandar Hilir,Melaka aku menerima SMS yang berbunyi "Salam..dr..t dtg tau he3". SMS ini mengingatkan aku pada Yanti yang beriya-ya meminta aku datang ke majlis kenduri arwah bapanya di Semerah,Johor. Kebetulan dia memang mengetahui aku akan ke Melaka kerana menyelia pelajar-pelajar DPLI yang sedang menjalani praktikum. Yanti pelajar seni ku yang sangat baik dan berakhlak mulia.Aku menganggap mereka macam anak-anak aku juga. Memang aku rapat dengan pelajar-pelajarku baik lelaki atau perempuan. Kerap juga dia datang dengan Asmira ke bilik pejabatku sekadar sembang-sembang atau ada urusan pinjaman buku dan dokumen tertentu. Budak Yanti ni pendiam dan pemalu orangnya. Selalu bawakan teh ais dan buah tembikai susu ke pejabatku.




Aku tak sampai hati menolak hajatnya. Jadi aku pun ke Semerah,Johor dari Bandar Hilir, Melaka dan sampai ke stesen Petronas jam 6.50 petang. Yanti menantiku di stesen petronas, Semerah. Aku sampai ke rumahnya sebelum mahgrib.




Paling menarik kenduri arwah di rumah Yanti, selain bacaan Yassin,doa selamat dan Tahlil disediakan jamuan "NASI AMBENG" makanan orang Jawa yang sangat terkenal.Aku memang telah lama tidak menjamah nasi ambeng. Kebetulan juga aku berasal dari keturunan Jawa. Nasi Ambeng ada sejarahnya tetapi aku belum sempat mengkaji asal usul ceritanya. Nasi yang membawa "BERKAT" ini disediakan dalam talam dan akan dibahagi empat untuk empat orang yang memakannya bagi satu talam. Nasi dibubuh tempe goreng,sokhun goreng, ayam berkuah kicap, mee dan meehon. Memang tidak mampu untuk menghabiskannya. Setiap jemputan akan membungkus makanan yang lebih tadi untuk dibawa ke rumah sebagai mengambil berkat. Selepas majlis kenduri aku pun pulang semula ke hotel di Bandar Hilir Melaka. Yanti membekalkan aku nasi ambeng yang masih panas. Tengah malam itu aku kerjakan nasi ambeng Yanti. Terima kasih Yanti.

No comments:

Post a Comment