Monday, May 17, 2010

2 MANTAN DEKAN FAKULTI SENI DAN MUZIK,UPSI BERTONGKAT


17 Mei 2009 hari Isnin jam 3.30 petang aku tersua dengan Prof Madya Hj.Iberahim Dekan pertama Fakulti Seni dan Muzik di pejabat Dr.Nasir Iberahim Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Fakulti Seni dan Muzik,UPSI. Aku memang agak jarang bertemu beliau.Penampilannya kali ini jauh berubah.Beliau bertongkat. Aku kebetulan bertongkat juga hari ini kerana sakit pinggang,demam dan batuk yang datang menyerang. Kami sempat berbual-bual mengenai P& P dan penyakit yang dihadapi. Aku selalu memanggilnya dengan panggilan "IM" sahaja begitu juga dia selalu memanggil aku "MI". Kami memang dari dulu mengidap ghout. Malah IM kali ini diserang sakit sendi,buah pinggang dan jantung. Aku pula ghout dan kencing manis. Begitulah kesudahannya kehidupan kami yang dulunya sangat cergas ketika kami sama-sama berdua menubuhkan Fakulti pada tahun 1997 bila UPSI ditubuhkan dahulu.

2 comments:

  1. Salam Dr.
    Melihat Dr begini umpama melihat watak2 dlm karya Dr di opis dulu...

    ReplyDelete
  2. Salam Dr..
    Saya sempat berada di bawah didikan kedua-dua dekan..tuan Hj Iberahim dan Dr juga...ketika membuat Master Education 2004-2006.. semoga Tuan-tuan berdua...diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik..

    ReplyDelete