Monday, May 31, 2010

PENSTRUKTURAN SEMULA FAKULTI-FAKULTI DI UPSI


1 Jun 2010 bermulalah era baru bagi UPSI. Pensyarah dan staf pentadbiran telah diklusterkan kepada fakulti-fakulti yang baru. Fakulti Seni dan Muzik telah berkembang kepada tiga fakulti iaitu Fakulti Seni,Pengkomputeran dan kreatif industri, Fakulti Muzik dan Persembahan dan Fakulti Teknikal dan Vokasional. Fakulti Bahasa kepada Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia kepada Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Fakulti Ekonomi dan Perniagaan kepada Fakulti Penngurusan Ekonomi. Fakulti Teknologi Maklumat ditiadakan dan bergabung dengan Seni menjadi Fakulti Seni,Pengkomputeran dan Kreatif Industri. Manakala Fakulti Sains dan Teknologi di tukar nama kepada Fakulti Sains dan Matematik. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaaan bertukar nama kepada Fakulti Sains Kemanusiaan.


Seni dan Muzik mempunyai trak dan rekod yang sungguh hebat. Dulu dinamakan Fakulti Sains Sosial dan Keseniaan. Ketika itu itu Progrem Bimbingan dan Kaunseling di bawah penyelarasnya Dr.Bakhtiar Mansor berada di bumbung Seni dan Muzik sehinggalahlah berpindah membentuk Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia. Fakulti Sains Sosial dan Kesenian bertukar nama kepada Fakukti Seni dan Muzik. Selepas itu Sejarah dan Geografi juga "parking" di bawah Fakulti Seni dan Muzik sehingga kemudiannya keluar membentuk Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kemahiran Hidup juga mula bertapak di Fakulti Seni dan Muzik dan sekarang ini keluar membentuk Fakulti Teknikal dan Vokasional. Ini bermakna "Seni Dan Muzik" telah berjaya menternak disiplin ilmu yang lain sehingga membentuk fakulti masing-masing.

Saturday, May 22, 2010

DIMASUKKAN KE BILIK KECEMASAN


21 Mei 2010 jam 10.00 pagi ketika aku ke Poliklinik Tanjung Malim (dulu Hospital Tanjung Malim) untuk mengambil ubat dan insulin yang telah habis, aku diminta ke bilik 6 untuk suntikan darah bagi mengesan kandungan glukus dalam darahku. Alangkah terkejutnya aku dan jururawat yang melakukan suntikan itu bila melihat bacaannya amat meningkat sehingga 28 ( normal ialah 5). Doktor langsung mengarahkan aku jangan berjalan dan terus dihantar ke bilik kecemasan. Aku dibaringkan di atas katil.Suntikan insulin diberikan dan aku dimasukkan air melalui urat tanganku yang telah disuntik. Inilah yang paling aku takut,drip air. Memang sakit bila suntikan mencari urat pada tangan. Tapi apa boleh buat, terpaksa. Aku terbaring sehingga jam 4 petang. Entah berapa kali suntikan insulin telah disuntik.Sehinggalah aku diberitahu bacaan glukus dalam darahku menurun sehingga sehingga 16, barulah aku dibenarkan keluar dari bilik itu. Beberapa hari sebelum ini aku demam,batuk dan sakit pinggang sehingga aku berjalan terpaksa menggunakan tongkat. Aku memang terlalu letih. Penglihatanku juga semakin kabur.Maklumlah umurku pun semakin meningkat sekarang nak masuk 54.

Monday, May 17, 2010

2 MANTAN DEKAN FAKULTI SENI DAN MUZIK,UPSI BERTONGKAT


17 Mei 2009 hari Isnin jam 3.30 petang aku tersua dengan Prof Madya Hj.Iberahim Dekan pertama Fakulti Seni dan Muzik di pejabat Dr.Nasir Iberahim Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Fakulti Seni dan Muzik,UPSI. Aku memang agak jarang bertemu beliau.Penampilannya kali ini jauh berubah.Beliau bertongkat. Aku kebetulan bertongkat juga hari ini kerana sakit pinggang,demam dan batuk yang datang menyerang. Kami sempat berbual-bual mengenai P& P dan penyakit yang dihadapi. Aku selalu memanggilnya dengan panggilan "IM" sahaja begitu juga dia selalu memanggil aku "MI". Kami memang dari dulu mengidap ghout. Malah IM kali ini diserang sakit sendi,buah pinggang dan jantung. Aku pula ghout dan kencing manis. Begitulah kesudahannya kehidupan kami yang dulunya sangat cergas ketika kami sama-sama berdua menubuhkan Fakulti pada tahun 1997 bila UPSI ditubuhkan dahulu.

Thursday, May 6, 2010

NASI AMBENG DI SEMERAH,JOHOR.


4 Mei 2010 hari selasa ketika aku menginap di hotel Bandar Hilir,Melaka aku menerima SMS yang berbunyi "Salam..dr..t dtg tau he3". SMS ini mengingatkan aku pada Yanti yang beriya-ya meminta aku datang ke majlis kenduri arwah bapanya di Semerah,Johor. Kebetulan dia memang mengetahui aku akan ke Melaka kerana menyelia pelajar-pelajar DPLI yang sedang menjalani praktikum. Yanti pelajar seni ku yang sangat baik dan berakhlak mulia.Aku menganggap mereka macam anak-anak aku juga. Memang aku rapat dengan pelajar-pelajarku baik lelaki atau perempuan. Kerap juga dia datang dengan Asmira ke bilik pejabatku sekadar sembang-sembang atau ada urusan pinjaman buku dan dokumen tertentu. Budak Yanti ni pendiam dan pemalu orangnya. Selalu bawakan teh ais dan buah tembikai susu ke pejabatku.




Aku tak sampai hati menolak hajatnya. Jadi aku pun ke Semerah,Johor dari Bandar Hilir, Melaka dan sampai ke stesen Petronas jam 6.50 petang. Yanti menantiku di stesen petronas, Semerah. Aku sampai ke rumahnya sebelum mahgrib.




Paling menarik kenduri arwah di rumah Yanti, selain bacaan Yassin,doa selamat dan Tahlil disediakan jamuan "NASI AMBENG" makanan orang Jawa yang sangat terkenal.Aku memang telah lama tidak menjamah nasi ambeng. Kebetulan juga aku berasal dari keturunan Jawa. Nasi Ambeng ada sejarahnya tetapi aku belum sempat mengkaji asal usul ceritanya. Nasi yang membawa "BERKAT" ini disediakan dalam talam dan akan dibahagi empat untuk empat orang yang memakannya bagi satu talam. Nasi dibubuh tempe goreng,sokhun goreng, ayam berkuah kicap, mee dan meehon. Memang tidak mampu untuk menghabiskannya. Setiap jemputan akan membungkus makanan yang lebih tadi untuk dibawa ke rumah sebagai mengambil berkat. Selepas majlis kenduri aku pun pulang semula ke hotel di Bandar Hilir Melaka. Yanti membekalkan aku nasi ambeng yang masih panas. Tengah malam itu aku kerjakan nasi ambeng Yanti. Terima kasih Yanti.