Wednesday, December 9, 2009

Cuti Sabatikal 173-Kembara Bali: KESIHATAN YANG MEROSOT



Hari ini bertarikh 10 Disember 2009. Lebih kurang 14 hari atau dua minggu aku telah berada di Tanah air. Tidak banyak aktiviti yang aku lakukan melainkan menulis penyelidikanku, memeriksa dan menilai tesis Ph.D yang dibekalkan kepadaku oleh Dekan pada 30 Disember yang lalu. Pemeriksaan semula tesis itu perlu dilakukan buat kali ketiga. Malah mengikut Dekan FSM berdasarkan peraturan pemeriksaan semula akulah yang paling layak disebabkan aku Pemeriksa Dalam. Aku diberi tempoh 2 minggu. Kalau aku tidak pulang ke Tanah Air pun, tesis itu akan dihantar ke Bali untuk diperiksa semula olehku.


Aku jarang menulis blog melainkan kali terakhir pada 27 Disember ketika aku baru pulang ke Tanah Air. Aku pun jarang menjengok Facebook atau melayari internet. Kesihatan aku semakin merosot. Aku kerap demam dan batuk. Sudah dua kali aku menemui doktor untuk mendapatkan rawatan. Pertama di KLINIK DR. MAZLAN dan kedua PUSAT KESIHATAN UPSI. Aku bertanya kepada doktor UPSI adakah aku dijangkiti H1Ni. Doktor memeriksa seluruh badanku. Tiada virus itu katanya. Tapi aku nyatakan aku kerap demam dan batuk. Aku juga menyatakan aku mengidap sakit pinggang yang ngeri. Pemeriksaan pinggang dilakukan dan aku diberi ubat untuk demam,batuk,selsema, anti biotik dan sakit pinggang.


Dua hari yang lepas aku menerima rawatan bekam di pinggang,badan dan kakiku.Pusat rawatan itu di Supermarket Giant di Selayang. Aku ngeri melihat ketul-ketul darah merah pekat yang keluar dari seluruh badanku. Wah sakit juga bila kulit badanku direcih-recih dengan blette. Memang bekam adalah sunnah Rasullullah ada hadis yang menyatakan itu.

4 comments:

  1. memang cuaca saat nie kurang baik, jadi daya tahan tubuh harus diperkuat....
    semoga sehat selalu...

    ReplyDelete
  2. Kuatkan semangat untuk mencapai target kehidupan yang sihat dan berkualiti supaya kita terus mengamalkan pemakanan yang sesuai dan pengambilan ubat secara berdisiplin.
    Perlu kita ingat bila berubat.. jangan lupa merawat jisim dan rohani.Semua sakit ada rawatannya

    ReplyDelete
  3. Dr. Jaga kesihatan... banyak minum air miniral...cuaca sekarang ini sangat tidak mengizinkan kepada orang yang berpenyakit

    ReplyDelete
  4. Kepada doktor jangan minum air yang bergas campur lagi seperti air strawberi dengan pepsi atau coca cola dengan air lychee. Banyakkan minum air kosong biar berbotol-botol supaya kerap kencing.

    ReplyDelete